Salam bertani
Hujung minggu ni anak-anak wak balik kampung untuk mengundi PRN Johor. Kami mengundi pada sebelah petang untuk mengelakkan kesesakan atau beratur panjang. Paginya wak ajak mereka mengundi buah di dusun WP. Jom nenguk apa yang mereka dapat. Masing-masing penuh bonet kereta dapat ngundi buah.
Sebahagian daripada hasil pengundian mereka.
Buah duku langsat
Durian dah penghujung musim.
Anak-anak wak tak makan durian
tetapi menantu- menantu semua hantu durian.
Manggis ni mereka petik sendiri
Buah mesta jadi pilihan.
Bunga kantan merah pun ada yang berkenan.
Buah rambutan kuning tu belum masak tetapi
ada yang mengidam.
Puas makan durian.
Cempedak tu nak goreng bawa pejabat.
Wak belanja gambar durian duri hitam.
Ada yang bawa durian dah kupas tak nak bau dalam kereta.
Salam bertani.











Mengundi yang ini mengenyangkan ahak!
BalasPadamBestnya dusun wak macam2 ada. Puas makan ni.
BalasPadamMahu tak penuh bonet kereta masing-masing wak. Tengoklah banyak betul hasilnya. Mengundi buah paling win ni.
BalasPadamSelamat mengundi wak.
BalasPadamBestnyaaa dapat makan puas2 buah2an tempatan. Yumsss.
tak tau nak undi yg mana hehehh
BalasPadamLain Saya tak pandang dah, nak duku langsat tu jerrr... sedapnyaaaa
BalasPadambanyaknya hasil mengundi buah..anak2 boleh buka carboot jual di pejabat pula ni wak hihi
BalasPadamBestnya wak musim buah pulak kan.... pastu duku johor tu payah nak jumpa kt kl ni kadang teringin betul nak makannya.
BalasPadamWahhh..Untung anak2 dpt bwk blk buah2 ni.
BalasPadamUncle undi manggis!
BalasPadamKalau dah gini takyah tunggu PRN ke PRU.. bila² boleh balik ngundi buah2an.
BalasPadamRambang mata mana satu nak dulu makan..musi buah ya di sana..
BalasPadamSerentak berbuah ya wak..
BalasPadamKalau mcm ni sy pun sanggup balik mengundi he hee
BalasPadamAlhamdulillah rezeki melimpah ruah hasil airtangan wak
Untung ank menantu dpt mkn buahan tempatan freshh dari pokok2
Teringat sy zaman arwah makayah ada dulu musim buahh balik kg mcm ni la penuhh bonet kereta
Mengundi yang ini memang puas hatilah.. kenyang mata dan perut.. kikiki..
BalasPadamDuri hitam tu pun first time saya makan tahun ni hehe
BalasPadamwahhh.. meriah musim buah :)
BalasPadamMeriah betul aktiviti mengundi buah kat dusun WP ni, penuh bonet kereta masing-masing! Rugi betul anak-anak Wak tak makan durian, tapi nasib baik menantu-menantu semua 'hantu durian', tak adalah membazir durian duri hitam yang premium tu. Rezeki menantu nampaknya musim ni
BalasPadamalhamdulillah melimpah ruah rezeki dusub wp
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki anak-anak dan menantu Wak, boleh makan macam-macam buah idaman hasil undian masing-masing. Rambutan budak sekolah tu cantik, merah. Geram tengok.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki seisi keluarga.
BalasPadamJadikan saya anak Wak juga laah 😄😄😄😄😄. Ini happy sangat pasti anak2 Wak tiap balik kampung, dpt buah2 segar ❤️❤️
BalasPadamLama tak baca blog wak, makin meriah hasil kebun ya.
BalasPadamSekolah sy buat jamuan buahan tempatan pd Khamis lps. Meriah dgn mcm2 buah. Yummy...
BalasPadamMengundi buah lagi syiok wak
BalasPadamwah,, betul-betul lumayan wak mengundi buah-buah ni..
BalasPadamBanyaknya Wak, macam berjualan pulak.
BalasPadamNampak manggis dan mesta tu macam serupa je, tak pandai saya nak bezakan.
Proses yang nampak mudah tapi sebenarnya kunci untuk dapatkan buah yang saiz gred A! Terima kasih atas perkongsian ilmu pertanian yang santai dan bermanfaat ni. Moga kebun terus subur dan mengeluarkan hasil yang melimpah-ruah!
BalasPadamAlhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah. Banyak betul hasil tuaian di kebun Wak tu.
BalasPadam