Sabtu, 7 Jun 2025

Qurban Aidiladha 1446H : Giliran JJ dan MJ

 Salam bertani

Dua ekor sapi peliharaan wak sudah selamat dikorbankan sempena sambutan aidiladha pada hari ini. Pejantan JJ masuk list korban pada tahun ini kerana ia semakin sangat besar dan kuat, selalu mendatangkan masalah untuk wak menguruskannya. Umurnya sudah menghampiri enam tahun. Budak MJ memang sudah sampai gilirannya pada tahun ini kerana umurnya sudah melebihi dua tahun. JJ dikorbankan atas nama keluarga WP dan MJ wak jual kepada jk surau kariah wak. Jom nenguk.



Nama penuh JJ ni adalah Jamal Jantan.
Dia adalah lembu bapak (pembaka) bagi ternakan wak 
di tepi sungai tu.


Berumur menghampiri enam tahun, JJ menjadi
 sangat besar dan kuat.
Wak pula semakin tua dan kurang kudrat,
 tak terlayan karenahnya.
Sudah beberapa kali mencederakan tuannya, jadi biarlah 
wak simpan dia sebagai haiwan korban.


Si Mesin Jahit (MJ) ni budak baik, jinak
 dan mudah menguruskannya.
Dia memang dilahirkan untuk menjadi ternakan qurban
 apabila cukup umurnya.
Hari ini jk surau bergotong royong mengorbankan MJ.


Wak sekeluarga tak sanggup untuk menguruskan proses
penyembelihan JJ.
 Jadi wak hantar dia ke pusat penyembelihan,
tahu siap aje.


Budak RB (Ramadan Barokah) ini sebaya dengan MJ.
Dia wak pilih untuk menjadi pembaka menggantikan JJ.
Kesemua lembu ternakan wak tidak
 dicucuk hidungnya.

Salam bertani.

33 ulasan:

  1. Selamat hari raya Idul Adha untuk Wak dan keluarga.
    Sejahtera selalu ya Wak.

    Salam,

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha
    Mantap Wak...sihat sihat lembu nya

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya Aidil Adha wak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Salam Aidil Adha Wak.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semoga ibadah Qurban diterima Allah

    BalasPadam
  6. alhamdulillah kedua-duanya menuju syurga salam aidiladha wp n famili

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, selamat sudah. Selamat hari raya Aidiladha, Wak.

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya Aidiladha wak. Kalau pelihara sendiri selalunya tak sanggup nak proses. Alhamdulillah semua dah selamat dikorbankan.

    BalasPadam
  9. Kalau saya jadi Wak, rasanya saya juga tak sanggub urus kurban dari ternak sendiri. Saya tak tega. Jadi lebih suka terima beres. Kurban saya kali ini kerbau, Krn di kampung papa LBH banyak kerbau drpd sapi/lembu. Tp saya betul2 tak nak lihat foto dan prosesnya. Krn memang tak sanggub.

    BalasPadam
  10. Salam Aidil Adha buat Wak sekeluarga ✨
    Semoga Allah terima ibadah korban kita hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  11. salam aidiladha untuk wak sekeluarga.

    BalasPadam
  12. Sihat-sihat lembu wak. Sangat sesuai tu untuk dijadikan sebagai korban. Alhamdulillah. Semoga ibadah diterima dan diberkati Allah.

    Selamat Hari Raya Aidiladha wak dan keluarga.

    BalasPadam
  13. Besar elok lembu peliharaan Wak, haiwan korban yang bagus ni. Alhamdulillah.

    Lembu korban yang saya tak pelihara sendiri pun rasa tak sanggup tengok waktu disembelih, apa lagi kalau pelihara sendiri macam Wak ni.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah di doakan semoga terus Kaya & Raya. He he he

    BalasPadam
  15. waahh alhamdulillah sihat & ganteng betul & mmg sesuai jadi haiwan korban.. Salam aidiladha Wak sekeluarga ya ;)

    BalasPadam
  16. Selamat hari raya wak. Dah 2 ekor kena korbankan. Jumlah lembu wak semuanya ada berapa ya.

    BalasPadam
  17. salam eidul adha utk wak sefamili

    BalasPadam
  18. Besarnya lembu! Semoga daging mereka membawa manfaat pada org2 sekeliling

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah.. Selesai sudah ya Wak.. Selamat dah JJ dan MJ..

    BalasPadam
  20. alhamdulillah....selamat sudah, moga ibadah kurban nya diterima...aamiin

    BalasPadam
  21. Salam Aidiladha dan slm Zulhijah Wak..semoga ibadah korban diterima

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah wak, kenapa lembu perlu di cucuk hidung ye wak? kalau tak cucuk pulak apa jadi nya? Tetiba teringat tak suka betul tengok orang bercucuk hidung macam lembu tu, tak sesuai betul.

    BalasPadam
  23. alhamdulilah selamat sudah semoga ibadahnya diterima , besau-besau sizenya...

    BalasPadam
  24. salam aidil Adha wak....semoga ibadah korbannya diterima, lagi2 haiwan yang kita sayang...insya-Allah

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah wak ..
    Berkorban itu bukan sekadar sembelih , tapi juga berkongsi rezeki .

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Moga bertambah murah rezeki wak sekeluarga.

    BalasPadam
  27. Puashati kalau haiwan korban sihat, kuat dan sado begitu.

    BalasPadam
  28. rasa berbaloi kalau beli lembu dgn wak ni... lembu sihat2 besar2 belaka. mmg sesuai sgt laaa utk dijadikan korban...
    lg 1 lembu wak ni pun bersih2 je... suka tgk!

    BalasPadam