Salam bertani.
Wak ambil benih pisang ni di tempat buangan sampah. Masa tu wak tak tau pun pisang apa, cuma pokoknya macam wak tak pernah lihat sebelum ini. Jadi wak tanamlah di tepi reban ayam. Dari serumpun wak biakkan jadi empat rumpun.
Bila dah berbuah baru tahu rupanya yang wak tanam tu pisang benggala. Macam menyesal juga tanam sebab buah pisang ni tak sesuai dimakan. Isinya dipenuhi biji dan menyukarkan untuk kita memakannya. Bila dah dituai setandan tu, wak bagi makan ayam ajelah.
Pisang benggala ni ditanam lebih kepada untuk mendapatkan daunnya. Daunnya paling sesuai digunakan untuk membungkus makanan kerana lebar, lembut dan tak mudah koyak/carik. Ia juga sesuai untuk membungkus makanan yang dibakar kerana tidak mudah hangus.
Orang-orang sebelah pantai timur memanfaatkan buah pisang benggala muda (semasa bijinya masih lembut) untuk dijadikan acar pisang. Jantung pisang benggala paling sesuai dijadikan ulaman atau sayuran kerana ia tidak birat bila dicelur atau dimasak.
okay saya tahu pisang ni tapi tatau nama jenis dia..
BalasPadamannoying kan banyak biji hehe..
buahnya menjad rezeki kpd yg sukakannya tapi jantungnya mmg sedap digulai r pajeri
BalasPadamAah betul wak, kat depan umh arwah mak kt teganu ada serumpun pisang ni, dari zaman kecik2 lagi ada pokok pisang ni, saya tya makcik kenapa tak buang sbb nmpk semak kan, makcik kata ( makcik ddk rumah arwah mak) daun pisang ni sesuai buat balut pulut panggang atau org teganu panggil pulut lepa, sbb bau daun pisang dia tak melekat kat pulut. Sebb tu pulut lepa teganu rasa lain dr pulut panggang org sini. Buah dia yg muda mmg kami masak acar.
BalasPadamKat sini jarang2 orang tanam pisang ni.
PadamDaunnya memang susahlah dapat.
Boleh stress kalau makan pisang ni.. banyak biji
BalasPadamAgaknya pisang inilah yang selalu kawan saya bagi. Kadang setandan terus dibaginya sebab katanya orang lain semua taknak. Saya memang akan lenyek & asingkan bijinya.Setandan pisang tu swmangkuk penuh bijinya. Tapi saya asingkan juga dengan kebenaran & kesabaranš¤£kemudian frozenkan isinya yang sudah lenyek. Bila makan defross & buat la cekodok @ lepat
BalasPadamOoo..barulah saya tahu namanya. ingatkan pokok pisang tu berbuah cacat sebab berbiji. rupa-rupanya, memmang spesis berbiji...
BalasPadamMungkin sukar makan buahnya tapi yang lain boleh tetap dimanfaatkan kan wak. Alhamdulillah.
BalasPadamjantungnya paling sedap dibuat ulaman atau sayuran.
Padamdaunnya pun klass
Mcm pisang awak tek. Ada biji dan rupanya lebih kurang
BalasPadamorang tganu panggil pisang ggale.. pisang banyak bijik.. kalau makan sembur bijik bawak keluar
BalasPadamsedapnya ulam jantung pisang ni wak
BalasPadamtak suka betul kalo pisang banyak biji ni...huhuhuh
BalasPadamkalo bagi ayam makan, tak tumbuh ke pokok pisang dalam perut diorang nanti wak? ehhhhh larikkkk
Biji dia bukan biji benih SS
PadamSemai pun takkan tumbuh.
Saya dah lama tak jumpa pisang banyak biji ni. Dulu ada orang bagi sekali. Pisang benggala rupanya nama dia.
BalasPadampisang ni kalau dah tua/masak memang takde nilainya..
BalasPadamketika masih muda,sedapnya dibuat acar..
baru pernah dgr acar pisang wak... rare pisang ni.. rasanya masa kecik² dlu je pernah jumpa kt umh nenek
BalasPadamAduh! Sambal belacan pulak tu!
BalasPadamBaru tahu namanya pisang benggala. Kalau saya ni mesti dah fikir pisang nipah. huhu..banyak betul biji dia tu. Memang tak lah nak makan. sedap tu wak jantung pisang buat ulam.
BalasPadamOooo nama nya pisang benggala. Pernah jumpa zaman remajapurba dahulukala. Patutlah mak tak suka buat kuih gunakan pisang ini.
BalasPadamkalau makan kat restaurant yang tulis 'banana leaf' tu mungkin guna daun pisang jenis ni la kot.
BalasPadamRestoran banana leaf tu biasanya guna daun pisang hutan.
PadamJadi dia orang boleh cari free aje.
Pertama kali dengar acar pisang, pisang benggala ni memang bijik dia banyak
BalasPadamjantung pisang tk mkn..1st time dgr pisang benggala
BalasPadamTeringat masa waktu kecil2 dulu, arwah mak selalu buat cekodok pisang ni. Saya pun pernah makan . Manis juga. Lama dah tak jumpa pisang banyak biji.
BalasPadamPisang ni untuk ayam makan?org x leh makan eh sebab ada biji?
BalasPadamHa aa.
Padamtenguk ayam wak pun taknak makan.
ora iso la arep mangan pisang benggala koyo kuwi., akeh bijike ;p
BalasPadamLama tak jumpa pisang ni. Banyaknya sangat biji payah makan. Pokok tinggi macam pisang abu.
BalasPadamEh pisang pun ada benggala ekk..saya ingat lada jee Wak hahahaha
BalasPadamjantung pisang tu.. tergugat iman kalau buat rebus macam tu.. :)
BalasPadamFevret tu jantung pisang rebus
BalasPadamAmboi ni kalau mak saya tgk..teruja wak ^_^
BalasPadamlain mcm pisang nye ni
BalasPadamWak, lama dah sy cari pisang ni..nak buat acar pisang gala. Berpuluh tahun tak makan sejak duduk Selangor. Mana sy nk cari pisang ni..sape area Shah Alam, Klang dan sekitar ni ada tanam pisang ni...sy nak..
BalasPadamSapa ada pisang Bengala ni ye..ada org ngidam nk mkn
BalasPadamPisang ni mahal dan boleh makan buat acar.. Sesapa tau mana nak dapat benih.. Mesej saya 0132945533
BalasPadam