Khamis, 15 Jun 2017

Masak Tumis Sulur Keladi.

Salam bertani.

Salah satu menu berbuka puasa WP sekeluarga pada petang semalam ialah sulur keladi masak tumis.
Sulur keladi segar WP tuai daripada tanaman keladi yang ada di tepi rumah. WP dan pn is3 memang minat dengan masakan sulur keladi tetapi anak-anak kurang meminatinya.

Pn is3 yang memasak sulur keladi tumis kering ni. Jadi WP tak tahu macam mana resipinya.
Cuma sulur keladi ini tak perlu dicelur dulu, terus masak macam kita menumis sayuran lain. Sekali hadap, licin sepinggan.

Boleh jengah blog Pn Saniah atau Pn Norhidana, ada resipi masak sulur keladi.


Sulur keladi masak tumis 


Sulur keladi segar yang tumbuh di perdu pokok keladi.


Sulur keladi segar yang baru dituai


Sulur keladi yang telah disiang
Siang sulur keladi dalam keadaan kering (jangan guna air)


Kulit luar sulur keladi perlu dibuang


Sulur keladi masak tumis kering.

Salam 20 Ramadhan.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan