Salam bertani
Ada komen yang minta wak tunjuk isi buah cempedak durian. Kebetulan ada sepokok cempedak durian yang berbuah luar musim di dusun WP kali ini. Maaf wak cuma dapat tunjuk gambar aje, tak dapatlah nak kongsi keenakan rasanya.
Panenan dari sepokok cempedak durian.
Buah cempedak durian di atas pokok.
Kebanyakan buahnya berbentuk agak bulat.
Berduri kasar dan tajam seakan-akan buah durian.
Saiz buah sederhana, 1- 2 kg sebiji.
Daging buah cempedak durian.
Isinya padat dan ulasnya besar.
Cicipan cempedak durian goreng.
Makan dua ulas dah kenyang.
Salam bertani.






kecik betul perut wak...kalau kita 5-6 bijik baru kenyang haha
BalasPadamComel cempedak durian, saiz kecik tapi kulit dia kasar.. Cantik betul isi dia..
BalasPadamAir apa tu wak? Susu?
BalasPadamuht
PadamBesar isinya. Terasa manisnya .
BalasPadamApa persilangan antara cempedak dan durian kah wak? Goreng cempedak memang sedaap.
BalasPadamAdalah sejenis variati cempedak.
PadamTiada kena mengena dengan durian.
Kami bayangkan keenakannya je lah.
BalasPadamsaya suka mkn cempedak yg fresh ie tak digoreng :)
BalasPadamBesar-besar saiz buahnya.. Menarik..
BalasPadamLumayan sokmo rezeki dari kebun Wak... Mana cukup 2 ulas saja Wak 😁
BalasPadamWak, marilah datang jual kat Johor.
BalasPadamMaaf SK.
PadamKat rumah pun orang berebut beli.
Wak jual RM5.00 sekg.
wah.. elok-elok je buahnya, tak ada kerosakan oleh serangga perosak..
BalasPadamCempedak durian ini lebih resisten terhadap serangan lalat buah. Tetapi ada juga buahnya yang rosak.
PadamAgak-agak kalau jual cempedak goreng tu berapa seketul Wak? 🤭
BalasPadamTak tahulah
Padamwak tak pernah beli cempedak goreng.
wah elok sgt cempurian xperlu bungkus utk elak serangga perosak...terliur mandang
BalasPadamTadi masa naik kereta ternampak pula orang jual cempedak goreng. Ni tengok cempedak durian pulak kat blog Wak. Kena cari cempedak pulak la.
BalasPadamTengah musim sekarang ni
PadamYelah, macam durian bergantungan sebab bentuknya agak bulat. Isinya nampak lebih besar berbanding ulas cempedak biasa, patutlah makan dua ulas dah kenyang.
BalasPadamsedapnya cempedak durian
BalasPadamPokcik boleh tengok tapi tak makan Cempedak.. sejuk.. GERD
BalasPadamTerliuq cheq tengok coq cempedak isi cantik camtuuu 🤤
BalasPadamAduhai wak. Ni tenguk ni kalau dapat satu biji pun dah best makan kat tepi kebun fresh2 gitu. Tak sempat nak goreng.
BalasPadamBuah cempedak ni biasanya dituai sebelum masak.
PadamKena jemur dan peram dulu beberapa hari
Besar ulas2 isinya...sedaplaaaa....
BalasPadampenah jumpa kat pasaraya...tgk harga...fuhhh kalah cempedak madu...
BalasPadamtp bau dia fuhhhh mmg menggoda...
wak jual laa sebiji ke saya...
Wak tak pandai jual online
PadamKalau dekat sini wak bagi gratis aje
Besor satu ulas, patut Wak kata makan dua ulas sudah kenyang. Saya tak pernah tengok depan mata, buah cempedak durian ni. Memang tak pernah jumpa la.
BalasPadamMemang besar isinya macam isi durian.
Padamtetapi bijinya pun boleh tahan besar juga.
oo cempedak durian namanya. ipar ada bagi jenis yang ni isi dia memang terbaik. elok tebal puas hati dapat mengoreng
BalasPadamRezeki berbudi kepada tanah..Sangat cantik buah cempedak durian.Alhamdulillah wak..
BalasPadam