Selasa, 16 Disember 2025

Buah Cempedak Kampung

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak kampung yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak kampung adalah pokok cempedak yang ditanam melalui biji benih dan tidak dikahwinkan. Pokoknya wak tanam sejak tahun 80an lagi. Untuk dapatkan buah cempedak yang berkualiti, buah sepatutnya dibalut, disembur racun serangga dan dibuat penjarangan tetapi wak tak sempat buat semua itu.  Setiap pokok cempedak kampung mempunyai buah yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan rasanya. Jom ikut wak nenguk


Buah cempedak di pangkal pokok.
Sepatutnya dua buah yang kecil itu di buang untuk
mendapatkan buah besar dan berkualiti.


Batang pokok cempedak ini sudah patah beberapa
tahun yang lepas.
Tunas baharu sudah mula berbuah lebat kali pertama.


Walaupun tidak dibalut buahnya tetap elok.


Pokok cempedak tua ini sudah tumbang tetap berbuah lebat.


Buahnya di atas tanah.


Tak mampu nak balut sebab buahnya tinggi melangit.


Dah boleh dituai bila tangkainya berwarna kekuningan.

Salam bertani.

17 ulasan:

  1. Kalau buat cempedak goreng ni sedap ni. Cuya kalau makan gitu je tak berselera sebab dia bertali, tak reti nak telan. Hahaha

    BalasPadam
  2. Beautiful photos. The fruit looks very good. Warm greetings from Montreal, Canada 😊 ❤️ πŸ‡¨πŸ‡¦

    BalasPadam
  3. sedapnya cempedak. nampak elok2 belaka buah tu. alhamdulillah rezeki

    BalasPadam
  4. Banyaknya buah. Hehe tidak habis-habis.

    BalasPadam
  5. Walaupun dah tua tapi buah dia banyak sungguh. Bestnya

    BalasPadam
  6. Sedapnya cempedak kampung...kat kg SA pun baru ni ada..tapi tu la...Pak Lang Mak Lang x larat nak balut..biar aje sebab buahnya tinggi melangit

    BalasPadam
  7. Sedapnya cempedak. Banyak pula tu..

    Soalan untuk Wak : Kenapa orang jual buah cempedak mahal? 🫣

    BalasPadam
  8. Dana suka cempedak kampung sebab buahnya rapat-rapat ulasnya, kecik sedang elok utk makan atau goreng. Kalau yang kacuk tu kadang besar betul buah dan isinya...

    BalasPadam
  9. Teringat pokok cempedak arwah Pak dulu. Memang berbuah sampai ke tanah.
    Selamat menuai hasil Wak πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..Meriah hasilnya wak...Trus trigt cempedak goreng =D

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. rezeki.
    Cantik elok terletak buahnya. Geram pulak menengoknya.

    BalasPadam
  12. Fuh, mantap betul nampaknya..Terbayang bayang cempedak goreng di petang harini...

    BalasPadam
  13. Lebatnya cempedak. Terbayang cempedak goreng yang rangup & manis.

    BalasPadam
  14. Saya dok mencari cempedak ni la nak buat goreng. Nampak pulak kat rumah Wak. Kalau dekat nak beli cempedak Wak ni.

    BalasPadam