Sabtu, 7 September 2024

Panen Buah Duku Terengganu

 Salam bertani

Wak panggil buah duku terengganu sebab bibitnya wak dapat daripada negeri Terengganu. Kebanyakan orang JDT panggil buah duku langsat tetapi orang-orang di pantai timur panggil buah duku sahaja.

Musim buah kali ini ada empat pokok duku terengganu di dusun WP yang berbuah. Cuma dua pokok sahaja yang dapat dipanen hasilnya. Dua pokok lagi yang hidup di sempadan kebun, buahnya jadi rezeki pemangsa si monyet dan tupai.


Sepokok duku terengganu.
Buahnya sudah boleh dipanen


Yang ini baharu nak kuning mencelah


Seminggu lagi masak ranumlah


Buah yang ini sudah dituai


Hasil panenan untuk anak cucu yang pulang ke kampung


Hasil panenan daripada dusun WP pada petang ini.

Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Lebat sungguh buahnya. Mesti manis leting kan Wak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... rezeki.... macam-macam ada kat dusun wak ya...

    BalasPadam
  3. Oh, sy ingat duku Terengganu ni buah dokong.

    BalasPadam
  4. oo.. duku Terengganu ni duku langsat.
    tu pokoknya rendah je ke wak.. kalau tinggi nak kena memanjat atau guna galah plak.
    Ada lagi durian nya tu yang gugur.

    BalasPadam
  5. Wah banyak sekali...Saya suka buah duku...

    BalasPadam
  6. Menyenangkan sekali ya panen buah dukunya yang lebat ini.

    BalasPadam
  7. Berbuah lebat duku langsat walaupun rendang.. Teringat arwah ayah, dia suka sangat buah duku..

    BalasPadam
  8. Banyaknyaaa satu baldi besar tu haa . Best boleh petik fresh dari kebun

    BalasPadam
  9. Nampak durian atas motor tu Wak 🤩
    Lebat buahnya, alhamdulillah...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...lebat berbuah...hasil panen yg lumayan..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah seronoknya mengutip hasil tanaman.

    BalasPadam
  12. wah sarat motor dgn buah dusun ...dukulangsat kecik sikit dari duku biasa

    BalasPadam
  13. Meriah betul buah duku langsat wak ni. Lumayan..Dapatlah anak cucu merasa bila balik kampung nanti kan.

    BalasPadam
  14. Macam2 Wak tanam di kebun Wak ye. Suka tengok buah2an yang Wak tanam semuanya menjadi dan lebat2 buahnya.

    BalasPadam
  15. dasat wakkkkk
    dapat ke sy ni setengah tong tu sy makan 🤣

    BalasPadam
  16. wow buahnya lebat sangat...terbayang manisnya...panen penuh berkah iya Wak, mantab

    BalasPadam
  17. Panen Wak banyak pilihan..bisa makan buah ini itu....sedaapnya Wak

    BalasPadam
  18. Lebat betul pokok duku wak berbuah. Mesti puas anak cucu balik makan nanti.

    BalasPadam
  19. lama tak dengar org sebut panen. selalu masa main game Farmville dengan rakan Indonesia dorang akan sebut "tolong panen pokok apple aku kak"

    BalasPadam
  20. rezeki anak cucu yang balik! makan duku dengan durian dan cempedak hihi

    BalasPadam
  21. Fav saya nie Wak. Kalau makan susah nak berhenti.. hihihi..

    BalasPadam
  22. Meriah buahnya Wak.....saya bukan peminat buah duku langsat tapi happy bila tengok buahnya menjadi ni.

    BalasPadam
  23. Saya masih bingung lihat buah duku dan Langsat. Tak tahu bedanya. Tp kalo di sini, Orang2 selalu bilang buah duku manis, buah Langsat asam.

    Makanya kalo beli, saya pasti beli duku. Biasanya yg terkenal duku Palembang, Krn asal dr Palembang. Memang maniiis .

    BalasPadam
  24. Lebatnya buah! Paling best penuh sebaldi tu, puas makan 😁

    BalasPadam