Rabu, 17 Julai 2024

Anak Menantu Buah

 Salam bertani

Hujung minggu lepas semua anak, menantu dan cucu wak balik ke kampung. Riuh rendahlah rumah wak mereka buat pesta buah terutama menantu-menantu wak penggemar buah-buahan tempatan. Puas makan, siap sibuk nak bawa balik bandar, nak bagi jiranlah, nak bawa officelah, nak bagi kawan baiklah. Wak layankan aje.


Rezeki mereka pulang ke kampung pada musim buah


Ni mereka tuai sendiri.
Pokoknya pun rendah-rendah aje.


Kegemaran anak nombor 2.
Dah tuaikan sebakul tak cukup, pergi dusun ambil lagi.


Budak sekolah pun jadi mangsa.


Nipun nak dibawa ke bandar.


Limau masam pun dia orang minat.
Biasanya bertabur kat tanah tiada orang kutip


Pisang nipah vietnam.
Boleh buat pisang goreng


Yang ni kalau wak tak kupas, takde yang peduli.
Bila siap kupas sekejap aje licin.


Buah nangkadak perlu diperam.
Bawa balik seorang satu.


Peliknya anak-anak dan cucu-cucu wak semuanya
 tak makan durian.
Nasib baiklah menantu-menantu hantu kendurian.
Dua bakul ni mereka boleh licinkan.


Salam bertani.

30 ulasan:

  1. semua pun sedap!! untung laaa anak menantu wak!! if nak beli, mahal2 belaka niiii

    BalasPadam
  2. wak ada rombongan ke kebun tak? nak join

    BalasPadam
  3. Untung menantu-menantu Wak dapat makan durian free hehe.

    BalasPadam
  4. nak jadi anak angkat wak la... supaya boleh mintak buah jugak bila balik kampung heeheh..

    BalasPadam
  5. Kalau nak apply jadi menantu Wak. Masih ada kekosongan? he he he

    BalasPadam
  6. waduhhh waduhhh Wak! ada anak lelaki yg masih bujang tak Wak? Saya boleh jadi menantu juga hehehe

    BalasPadam
  7. wah banyak betui hasil kebun wak..untung anak menantu dapat makan buah-buahan segar dari kebun.First time tengok pisang nipah vietnam..kalau pisang nipah biasa tu selalu tengok dan makan.

    BalasPadam
  8. Ya Allah, beruntungnya. Sy nak jadi anak buah angkat wak, lah..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...untung anak menantu dan cucu2 wak...dapat nikmati buahan2 dari dusun..fresh pulak tu

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..Rezeki anak2..Sedap2 semua buah-buahan tu =D

    BalasPadam
  11. seronoknya ada kebun sendiri. Kebun pun bersih. Rezeki tahun ni lah ya semua buah2 menjadi. Alhamdulillah tumpang gembira.

    BalasPadam
  12. Sedapnya pulasan. Nanti Saya singgah yerr Wakk..

    BalasPadam
  13. Nasib dah kawen..klau x nak mintak jadi menantu angkat..hahahaha

    BalasPadam
  14. sedapnya..pelbagai nejis buah ada. anak sekolah tu sedap nya.kalau dah kupas hadap semangkuk pun tak perasan.

    ops nangka tu sama macam rumah ni wak. haritu suami bawa sebiji, LM pandang je. last last dia yg kupas nangka tu semalam.laju je kita makan bila dah sejuk.hehe

    BalasPadam
  15. Nak jadi anak angkat Wak lah. Alhamdulillah banyak hasil nya rezeki anak menanti cucu.

    BalasPadam
  16. ALHAMDULILLAH REZEKI ANAK CUCU APA YANG ADA DI DUSUN BOLEH BAWA PULANG

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah. Meriah hasilnya.. rezeki anak2 menantu2 dapat makan buah-buahan drpd kebun sendiri.

    BalasPadam
  18. anak dengan cucu tak makan durian, nasib baik ada geng menantu yang suka durian. seronok tengok pulasan tu, cantik warna dia. dah lama tak makan

    BalasPadam
  19. Dekat bandar ni semua jadi rebutan Wak ...
    Amboi pulasan tu, cantik ye ๐Ÿ˜†

    BalasPadam
  20. Wah bg alamat wak nk bertandang hehe..leh bercamping dlm dusun .

    BalasPadam
  21. Rugi betul anak2 dan cucu wak. Tp untunglah kat para menantu. Takyah nak makan durian berebut2 haha

    BalasPadam
  22. Rezeki jika berbakti kepada tanah.

    BalasPadam
  23. Saya nak jadi cucu angkat wak boleh tak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Nangka tu bergetah wak, memang malas nak mengerjakan. Bila dah siap bersihkan memang semua laju je masuk mulut.

    BalasPadam
  24. Bestnya balik kampung dapat berpesta buah-buahan. Macam-macam buah ada.

    BalasPadam
  25. wahhhh menjadi betul kebun wak tahun ni. kalau jual tepi jln ni mau viral 1 malaysia๐Ÿ˜€

    BalasPadam
  26. Wak, kalo saya ada kakek atau parent yg punya kebun buah seperti ini, dah pasti saya akan rutin datang setiap panen ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Malah kalo bisa lepas nikah tinggal sini aja hahahahahha. Puas nak makan buah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    Memang rezeki menantu dapat durian banyak, tak ramai saingan pula ๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah.. Murah rezeki wak beri menantu makan.. Anak-anak tak makan tetapi menantu-menantu makan ye wak.. Semoga makin murah rezeki buah-buahan wak..

    BalasPadam
  28. Fuhhh .. pesta buahan-buahan nii . Banyak betul ya .

    BalasPadam