Rabu, 31 Januari 2024

WW 551 : So Lore Too Miss

 Salam bertani


Tuaian sulur (solor) keladi


Siap siang


Solor tumis
(so lore too miss)

Salam bertani

Ahad, 28 Januari 2024

Rabu, 24 Januari 2024

Ahad, 21 Januari 2024

Bela Ayam Arab

 Salam bertani

Wak nak tunjuk baka ayam arab yang wak ternak bersama-sama beberapa baka ayam lain. Ayam arab ni dikategorikan sebagai ayam kampung asli jenis penelur. Saiz ayamnya agak kecil dan telurnya berwarna putih gred C. Ayam arab  rajin bertelur dan sesuai dipelihara sebagai ayam penelur. Daging ayam arab sangat berkhasiat kerana tidak mengandungi lemak. Jom tenguk


Sepasang ayam arab dewasa.
Ayam arab biasanya berbulu putih bintik-bintik hitam.


Induk ayam arab ini sudah bertelur.
Ada juga ayam arab berbulu coklat berbintik hitam.


Wak pelihara cara kurung lepas.
Kurung dalam reban waktu pada pagi.
Lepas bebas pada waktu petang selepas bertelur.


Anak-anak ayam arab yang wak tetaskan guna inkubator.


Anak-anak ayam arab berumur tiga bulan.
Yang jantan sudah boleh dituai.
Yang betina akan disimpan sehingga bertelur.


Telur ayam arab berwarna putih.
Saiz gred C kategori telur ayam kampung.


Daging ayam arab langsung tidak berlemak.

Salam bertani.

Khamis, 18 Januari 2024

Majikan Seminggu

 Salam bertani

Beberapa hari selepas pemergian Oyen, rumah wak didatangi seekor anak bulus putih. Orang buang kat reban ayam wak. Terpaksalah wak ambil, bela dan rawat anak kucing ni. Beri makan wet food dan susu kucing. Alhamdulillah selepas seminggu di rumah wak, ada kawan pn is3 yang sudi ambil sebagai majikannya. Sebelum berhijrah, wak sempat ambil gambarnya sebagai kenangan.





Salam bertani

Ahad, 7 Januari 2024

MB 215 : Ayam Lohmann Brown Dah Bertelur

 Salam bertani


Ayam lohmann brown yang wak bela dah mula bertelur sejak
beberapa hari yang lepas.


Sebahagian daripada 40 ekor ayam lohmann brown betina
dalam reban lantai berpasir.


Wak sediakan 3 sangkar bertelur di dalam reban.
Sangkar telur menggunakan abuk kayu sebagai alas telur.


Hasil telur sepagian.
Ada sebahagian yang belum mula bertelur.


Seekor induk lohman brown.
Akan bertelur sebiji sehari biasanya waktu pagi.


Sangkar 1.
14 biji sepagian.


Sangkar 2.
10 biji sepagian.


Sangkar 3
6 biji sepagian.
(Jumlah 30 ekor yang bertelur pagi ini).

Salam bertani

Selasa, 2 Januari 2024

WW 548 : Oyen Dalam Kenangan (21.01.2023 - 21.12.2023)

Salam bertani


21.01.2023
Hari pertama melapor diri sebagai majikan
setelah seminggu menumpang di reban ayam


12.04.2023


08.05.2023


11.06.2023


14.07.2023


19.07.2023


01.08.2023


29.08.2023


05.09.2023


10.10.2023



10.10.2023


06.11.2023


06.12.2023


21.12.2023
Oyen berpulang kepada penciptanya

 Salam bertani