Selasa, 24 Oktober 2023

Pohon Rambutan Pusaka Zaman Dahulu

 Salam bertani

Sepohon rambutan pusaka di hadapan rumah wak tu berbuah lebat pada musim kali ini. Dalam masa dua minggu lagi buahnya akan masak ranumlah. Pokok rambutan ini ditanam oleh arwah bapa wak semasa meneroka tanah pusaka ini pada awal tahun 50an dahulu. Pohonnya tidaklah begitu besar sebab sudah ditebang beberapa kali. Jenis rambutan ini sudah agar sukar ditemui pada masa sekarang.  Walau pun sudah menjadi pokok warga emas, ia masih subur dan berbuah lebat setiap tahun. Jom layan



Pohon rambutan pusaka di hadapan rumah
yang sedang berbuah lebat


Dalam masa dua minggu lagi buahnya akan masak ranum
dan berwarna merah menyala


Buahnya berbentuk lonjong, biji kesep, longkah
dan sangat manis


Buahnya berjuraian hampir mencecah tanah


Jadi penyeri rumah kerana terletak di tepi jalan 


Salam bertani

43 ulasan:

  1. wahh..geramnya tengok...seronok panen mcm ni, dahan rendah..

    BalasPadam
  2. wah bestnya wak, dah lah rambutan jenis ni sedap. sini dah berlalu musim buah

    BalasPadam
  3. nampak sedap tu ha...kampung SA pun dah xde dah buah rambutan..habis musim..

    BalasPadam
  4. Wakkk.. hantar rumah sy wak 🤣🤣🤣🤣

    Teringat masa kecik² dulu ada pokok rambutan besar depan rumah pusaka atok, tapi ditebang. Sekarang, rumah pusaka pun dah tak ada, yg tinggal hanyalah kenangan.

    BalasPadam
  5. Sedapnya rambutan jenis ni Wak. Dulu ada juga di kampung sy, milik atuk saudara. Biji kesep tu yang best makan, isi banyak hehe

    BalasPadam
  6. berpinar bijik mata tgok buah rambutan, kat kl skrg buah rambutan antara 12-13 sekilo...giler...saya dah stop beli buah rambutan..hehehe

    BalasPadam
  7. wahhhh seronoknya pokok rambutan berbuah lebat!

    BalasPadam
  8. fuhhhh merimbun👍👍panjang hayat pokok ni terbaikkkk wak!

    BalasPadam
  9. wah wak ni musim rambutan 2.0 ke. Dia punya lebat sampai melayut2 buahnya

    BalasPadam
  10. lebat buahnya wak. rambutan kami dah habis dah. tinggal 2 -3 tangkai saja tu

    BalasPadam
  11. Aduh aduh aduh.... meriahnya warna!

    BalasPadam
  12. Ya Allah, geramnya kita tengok buah rambutan lebat dan berjuntai2 tu Wak. Alhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah dan pokok. Walaupun dah berpuluh2 tahun tetap menghasilkan buah yg lebat.

    BalasPadam
  13. wak...kami nak pergi buat lawatan makan rambutan ke rumah wak ni....

    BalasPadam
  14. Lebat buahnya.. merah-merah warnanya..

    BalasPadam
  15. PM alamat wak.. nak buat lawatan sambil makan 😁

    BalasPadam
  16. Tahniah Wak... Kerana masih memiliki pokok rambutan warisan yang berbuah lebat ni... cantik pulak tu.. berwarna warni..👍👍

    BalasPadam
  17. wow lebat sungguh buahnya terliur mandang

    BalasPadam
  18. Buah rambutan kerak nyior ke? Rambutan feveret saya jenis anak sekolah..kalau dapat yang tu memang tak berhenti makan

    BalasPadam
  19. bestnya!! teringat plak kat pokok rambutan dpn umah my mom kat kampung...pun dh berpuluh tahun usianya dan selalu jer lebat berbuah

    BalasPadam
  20. kalau di kelate ini dipanggil rambutan che embong. betul la ciri2 yg wak tulis tu. kat umah pusaka ayah dulu ada pokok moktey ni tp telah ditebang kerana sakit tua....

    BalasPadam
  21. buah rambutan jenis ni la feberet sy, payahh nk jumpa skrg
    dulu2 pokok tp semua dah kena tebang hu hu yg baru2 pokok ank sekolah dan gading kuning je byk

    BalasPadam
  22. Masya Allah lebat sangat ni Wak!
    Mesti geram je orang lalu lalang tengok 😀

    BalasPadam
  23. Kalau rumah saya dekat bolehkan Wak minta buah rambutannya😄

    BalasPadam
  24. In shaa Allah dalam 2 minggu lagi, agak agak rambutan tu dah ranum kami akan buat lawatan sambil belajar ke rumah Wak.....(jangan percaya)🤣🤣🤣

    BalasPadam
  25. lebatnya buah rambutan. Saya suka makan masa rambutan macam ni ...tak terlalu masak ranum.

    BalasPadam
  26. Lebat tu. Ingatkan dah habis musim rambutan. Ada lagi rupanya.

    BalasPadam
  27. Subhanallah, lebat buahnya! Syoklah mencekik rambutan 🤩

    BalasPadam
  28. Wahhh... pohonnya sudah legend tapi masih gigih berbuah. Rezeki lebat tu 😄

    BalasPadam
  29. Ya Allah meriah nya buah rambutan..

    BalasPadam
  30. Dimana boleh beli benih pokok duku dan rambutan?

    BalasPadam
  31. rumah kat mana wak? saya nak datang beli rambutan

    BalasPadam
  32. Suburnya pokok rambutan Wak. Daun dan buah lebat. Suka saya tengok. :D

    BalasPadam
  33. bila tgk pokok rambutan mcm ni, automatik akan teringat rumah arwah nenek di johor.. ada pokok mcm ni la..besar.. and setiap kali berbuah, mesti kita org semua akan balik kampung....seronok betul

    BalasPadam
  34. Ya ampuuun subuuur sangat Wak 😍😍😍. Sampai berjuntai buahnya yaaa. Usianya dah tua pula. Melihatnya saja memang lah buat happy.

    BalasPadam
  35. kalau balik kampung je bole tengok pokok rambutan camni. mesti manis2 buahnya kan

    BalasPadam
  36. Alhamdulillah.. Lebat buahnya.. Suka buah begini..

    BalasPadam
  37. merimbun habis dh mcm pokok bunga pula nampak dari jauh.. pokok senior bukan kaleng2

    BalasPadam