Salam Bertani
Empat ekor bujang bantal golek ni duduk sebilik. Semuanya asal pendatang dan telah menjadi majikan wak dan pn is3 selama ini.
Mula-mula sekali si Kent. Wak kutip dia kat surau selepas solat subuh. Dah dua tiga hari dia kat surau, pada pagi tu dia duduk kat motor wak. Kariah surau cakap, ambillah wak pelihara, cantik kucing ni. Kebetulan ada sebuah bilik kosong kat rumah wak, wak tempatkanlah Kent kat situ. Kent tu anak wak yang bagi nama.
Selang beberapa lama datanglah pula si Otto. Dia ni orang buang kat reban ayam wak, masa tu kecil lagi, masih menyusu, Wak dan pn is3 pakat bela. Bila dah besar sikit tanya Kent, boleh tumpang bilik? Kent okay aje, adalah dia kawan bermain.
Lepas tu datang pula si Bubu. Dia ni wak kutip kat pasar minggu masih bayi lagi dan badannya penuh kurap. Matanya dah tak boleh buka. Orang2 kat pasar tu suruh wak ambil, takut dia kena langgar atau terpijak nanti, Jadi wak belalah dan rawat dia. Beri nama Bubu sebab bulunya warna kelabu. Dah besar sikit, wak tanya Kent dan Otto, boleh tumpang bilik? Mereka okay aje.
Last sekali datang si Oyen. Dia ni mungkin kucing sesat atau orang buang kat reban ayam wak juga. Curi-curi makan dedak ayam kerana kelaparan. Wak dan pn is3 sepakat kita belalah. Bagi nama Oyen sebab warna bulunya. Tanya kat Kent, Otto dan Bubu boleh tak tumpang bilik? Mereka okay aje.
Walau pun mereka kucing jantan, mereka tidak bergaduh dan tidak menguasai kawasan sebab semuanya sudah masuk jawi. Juga tidak pernah kencing merata-rata. Sekarang ni mereka jadilah empat ekor bantal golek sebilik.
Salam bertani
Along Kent paling kacak! Macam kucing Bengal je wak.. sebab bulu dia ada jalur
BalasPadamSemua encem laaaaa....
BalasPadamBanyaknya kucing wak... kalau Najwa dapat ni habis di ngomolnya...
BalasPadamsemua pun encem! tp saya suka apa2 kucing oyen hahahah
BalasPadamAlong yg plg ensem tp konfem ke oyen tu ucu?
BalasPadamMasa Kent cakap boleh tu dia angguk kepala wak? Ahakss
Oyen tu uculah sebab dia datang lewat setahun selepas wak bela bubu
Padamantara empat ekor ni siapakah diantara mereka pandai memburu?
BalasPadamSemua tak pandai berburu
Padamkerja makan dan tidur aje
Cantik cantik semunya
BalasPadamPaling hensem mestilah along kent... tapi yang gedik tu nampaknya cam si oyen bukan main tayang body le kononnya tu. hehe
BalasPadamwaahhh..bukan main la.. Along Kent la menang..encem sgt tu
BalasPadamsemua pun comel gebus, tapi paling suka dgn Otto, pattern di mukanya nampak unik...moga Wak sentiasa dipermurahkan rezeki...aminn
BalasPadamAamiin
PadamSemuanya encem ๐
BalasPadamElok gebu semuanya, bagus pekerja jaga majikan ๐
Kucing Wak cakep-cakep semua...sayangnya kucing saya ada beberapa hilang bbrp hari yg lalu belum pulang
BalasPadamOtto nampak paling taiko!
BalasPadamTaklah angkel, Otto paling cool
PadamOyen paling taiko
Susah nak jawab tu Wak, semua encem ๐คฉ
BalasPadamsemua encem!! sebab wak dan isteri dah jaga dgn baik. semoga dimurahkan rezeki selalu
BalasPadamya Alloh manis sangat, mbul suka elus kucing apalagi yang gemuk dan bulu bagus
BalasPadamsemoga Wak sekeluarga akan dimurahkan rezeki kerana membela kucing2 jantan ini. Sy bela sepasang kucing bernama Jamal dan Mimi...
BalasPadamSaya ada 5 ekor lagi baru lahir.. Hihi. Puas le nak menjaganya, kalau duduk rumah kampung senang sikit.
BalasPadamSantai nya penceritaan WP bila tanya sekor-sekor boleh tak jadi roomate. Comel!
BalasPadamAlong Kent..!!! Tapi semua pun encem2.
BalasPadammontel2 sihat semua kucing2 ituu., aminn
BalasPadamsemua comel tapi paling ensem kent..bulu dia cantik..nmpk macam kucing mahal...
BalasPadamSemua gemok-gemok di bela Wak.. geram pulak kita nak tepuk punggung dia hahahaa
BalasPadamKagumnya saya kucing peliharaan Wak boleh berbicara dan bertolak ansur. Moga terus hidup rukun damai.
BalasPadamOtto tu sekali pandang memang iras musang...suka warna Otto
BalasPadamAlong Kent tu baka apa la kucing tu. Unik warnanya.
BalasPadamWak pun tak tahu
PadamAlhamdulillah semua sihat Dan baik baik je duduk sebilik ye.. Senang lah jaga
BalasPadam.. Takdalah isu sekor gaduh, sekor lari rumah..Agituh.. Semua handsomeee ๐คฉ
Hensem semuaaaa anak bulusnya Wak ๐๐๐. Sehat sehat. Murah rezeki Wak karena bela dan selamatkan mereka yaa ๐. Tak kencing merata karena Disteril kah? Kucing saya sejak Disteril jadi tak pernah spraying lagi.
BalasPadamHa aa semua dah disteril
Padamwakkkk pinjam moto... ehhh bkn nak pinjam otto... nak buat bantal smbl dgr purrr purrr dia๐
BalasPadamsy suka kucing bulu mcm otto tu. mcm karpet๐๐
Ramai majikan wak. hihi... Bagus dorang tak gaduh. Semua hensem wak!
BalasPadamensem2 dan lawa2 semuanya tu
BalasPadamAntara haiwan paling beruntong ni....
BalasPadamSemua hensem. Baguslah tidak gaduh.
BalasPadamSemoga murah rezeki Wak jaga. Siap ada bilik khas.
Aamiin
Padam