Selasa, 29 Ogos 2023

Empat Ekor Bantal Golek

Salam Bertani

Empat ekor bujang bantal golek ni duduk sebilik. Semuanya asal pendatang  dan telah menjadi majikan wak dan pn is3 selama ini.

Mula-mula sekali si Kent. Wak kutip dia kat surau selepas solat subuh. Dah dua tiga hari dia kat surau, pada pagi tu dia duduk kat motor wak. Kariah surau cakap, ambillah wak pelihara, cantik kucing ni. Kebetulan ada sebuah bilik kosong kat rumah wak, wak tempatkanlah Kent kat situ. Kent tu anak wak yang bagi nama.


Selang beberapa lama datanglah pula si Otto. Dia ni orang buang kat reban ayam wak, masa tu kecil lagi, masih menyusu, Wak dan pn is3 pakat bela. Bila dah besar sikit tanya Kent, boleh tumpang bilik? Kent okay aje, adalah dia kawan bermain.

Lepas tu datang pula si Bubu. Dia ni wak kutip kat pasar minggu masih bayi lagi dan badannya penuh kurap. Matanya dah tak boleh buka. Orang2 kat pasar tu suruh wak ambil, takut dia kena langgar atau terpijak nanti, Jadi wak belalah dan rawat dia. Beri nama Bubu sebab bulunya warna kelabu. Dah besar sikit, wak tanya Kent dan Otto, boleh tumpang bilik? Mereka okay aje.


Last sekali datang si Oyen. Dia ni mungkin kucing sesat atau orang buang kat reban ayam wak juga. Curi-curi makan dedak ayam kerana kelaparan. Wak dan pn is3 sepakat kita belalah. Bagi nama Oyen sebab warna bulunya. Tanya kat Kent, Otto dan Bubu boleh tak tumpang bilik? Mereka okay aje.

Walau pun mereka kucing jantan, mereka tidak bergaduh dan tidak menguasai kawasan sebab semuanya sudah masuk jawi. Juga tidak pernah kencing merata-rata. Sekarang ni mereka jadilah empat ekor bantal golek sebilik.



Along Kent


Angah Otto


Uda Bubu


Ucu Oyen

Mereka tanya, sapa paling encem

Salam bertani


Khamis, 24 Ogos 2023

Roti Wap

 Salam bertani

Wak terjebak juga order steambun yang tengah viral tu buat kudapan petang ni.  Sepeket ada empat pasang potongan roti dan boleh minta pelbagai jenis inti yang disapu di tengah-tengahnya. Intinya pun banyak tak kedekut. Harganya RM10 sepeket. Rasanya bolehlah layan.


Wak minta 2 perasa durian, 
1 perasa kaya 
1 perasa carbonara.

Salam bertani

Isnin, 21 Ogos 2023

Beli DOC Lohman Brown

 Salam bertani

Baru-baru ini wak ada menambah 50 ekor anak ayam lohman brown untuk dipelihara di belakang rumah. Anggarannya untuk stok bekalan telur ayam menjelang puasa dan raya tahun depan. Harganya RM8.00 seekor.


DOC lohman brown dipelihara dalam sangkar didik
Lampu 40W dipasang untuk pemanasan


Anak ayam dididik dalam sangkar didik selama 3 minggu
Diberi makan dedak pemula (halus)


Selepas 3 minggu anak ayam dipindahkan
 ke reban lantai tinggi
Lampu tidak lagi disediakan


Beli 3 bag dedak ayam
RM120  sebag 50 kg


Lohman brown berkaki empat
Teringat mula-mula dia datang dulu curi makan dedak ayam
Nyebuk aje

Salam bertani



Rabu, 16 Ogos 2023

Ahad, 13 Ogos 2023

Empat Dara Duduk di Tepi Sungai

 Salam bertani

Pada bulan lepas wak dah tunjuk anak-anak bujang wak yang duduk di tepi sungai tu. Kali ini wak nak tayang anak-anak dara wak pulak. Tapi wak bagi amaran ' dilarang meminang'.


Rina


Jana


Nona


eNon


Belanja satu lagu

Salam bertani




Rabu, 9 Ogos 2023

WW 538 : Jom Shopping

 Salam bertani


Beli barangan keperluan kebun bulan ini


Alhamdulillah
Banyak turun harga input pertanian


Terjebak juga
RM15  untuk tiga biji tu

Salam bertani

Ahad, 6 Ogos 2023

Buah Durian Tangkai Panjang

 Pokok durian di belakang rumah wak ni dah berumur lebih 40 tahun. Arwah bapa wak yang tanam. Kali ini berbuah sangat lebat walau pun di luar musim. Alhamdulillah, baru sahaja menamatkan musim luruhnya seminggu yang lepas.  Wak ada rakam beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Luruhan sulung 6 biji


Pokoknya sudah tinggi menjulang awan


Salah satu dahan hampir rebah menanggung beban


Zoom 10X


Luruhan sepagian


Tangkainya lebih panjang berbanding durian biasa


Belanja gambar aje


Berkeriput


Seindah rupa secukup rasa 

Salam bertani,

Rabu, 2 Ogos 2023