Isnin, 26 Disember 2022

Ahad, 18 Disember 2022

Rabu, 14 Disember 2022

Membiakbaka Ayam Kampung

 Wak ada membiakbaka ayam kampung untuk menghasilkan lebih banyak daging  atau telur. Membiakbaka ialah proses mengkacukkan ayam kampung dengan spesis ayam daging (untuk dapatkan saiz ayam kampung yang lebih besar) dan dengan spesis ayam penelur (untuk dapatkan ayam kampung yang lebih banyak bertelur). Ayam kampung hasil daripada biakbaka juga lebih cepat matang berbanding ayam kampung ori. Jom pergi reban.


Bapa ayam bangkok (siam).
Ayam betina pedaging.
Akan menghasilkan ayam kampung kacuk yang
lebih besar dan cepat matang.


Ayam jantan dan betina siam mempunyai saiz
yang lebih besar berbanding ayam kampung ori.


Ayam yang dibiakbaka akan dikurung di reban pembiakan.
Telur yang dihasilkan akan dipilih untuk dieramkan.
Ayam jantan white leghorn (baka penelur)
Ayam kampung kacuk betina (warna perang)
Ayam betina white leghorn (warna putih)
Ayam betina siam (warna hitam)




Ayam kampung kacuk dara mempunyai saiz yang lebih besar
daripada ayam kampung asli.
Akan dibiakbaka dengan ayam jantan white leghorn
untuk menghasilkan anak ayam kampung penelur.


Anak ayam kampung penelur hasil daripada
proses biakbaka.


Hasil biakbaka ayam kampung 
Saiz yang lebih besar dan bertelur lebih kerap.

Salam bertani

Ahad, 11 Disember 2022

Tanam Durian Siam

 Salam bertani

Selain daripada varieti durian tempatan, wak ada juga menanam beberapa pokok durian varieti daripada Thailand di dusun WP. Kesemua durian baka siam yang wak tanam ini belum berbuah. Harap-harap dua tiga tahun lagi sudah ada yang mula mengeluarkan hasil.


Durian Monthong


Durian Puang Manee


Durian Nok Kracip


Durian Long Lap Lee


Durian Salika

Salam bertani.


Rabu, 7 Disember 2022

Mesin Jahit

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak cerita tentang si Zura yang baru aje melahirkan anaknya yang ke-sembilan. Zura dapat anak jantan lagi. Alhamdulillah ibu dan baby sihat walafiat.


Zura baharu sahaja melahirkan anak.
Anak lembu yang baru lahir bila berdiri aje terus cari susu.


Hari pertama lagi wak dah pasangkan tali


Budak ni wak namakan Mesin Jahit


Anak Zura yang ke-lapan tu (Apis) dah setahun umurnya.
Dah sama besar macam emaknya.

Salam bertani.

Ahad, 4 Disember 2022

Sujud Menyembah Bumi

 Salam bertani

Sepohon cempedak tua di dusun WP telah tumbang beberapa hari yang lalu. Mungkin terkena ribut ditambah pula musim hujan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana banyak mengandungi air. Nasib baik tidak menghempap pokok-pokok lain yang ada bersebelahan dengannya. Wak biarkan dulu ia begitu dan belum bercadang untuk memotongnya.


Sepohon cempedak yang tumbang beberapa hari yang lalu


Keadaan banir pokok
Mujurlah tiada akar yang putus


Batangnya sudah sebesar sepemeluk


Keadaan pokok yang sama  pada musim buah yang lepas


Biasanya menghasilkan beratus-ratus buah cempedak


Ini adalah pokok cempedak lain yang pernah tumbang
 beberapa tahun yang lalu.
Wak biarkan sahaja ia sujud ke bumi dan telah menghasilkan
buah yang lebat pada musim yang lepas.


Salam bertani