Salam bertani
Masa hari PRU 15 tu, pukul 8 pagi wak dah mengundi. Wak pengundi no 2 di saluran 1. Masa tu hujan lebat. Bila hujan reda wak ke sungai uruskan cucu-cucu. Rupanya si Ning (Oyen) dah nak beranak. Wak jadi bidan terjunlah menyambut kelahiran cucu si Yut. Alhamdulillah, bertambah seekor lagi keluarga hanyut di seberang sungai tu.
si Ning baru melahirkan anak ke-duanya
Masa ni baby dah berumur 2 hari
Anak ke-dua si Ning ni betina.
Kalau jantan wak nak namakan Din atau War
sempena PRU 15 ni
Baby tu wak dah siap-siap bagi rantai panjang.
si Ning ni lepas bebas sebab tidak dapat ditambat lagi.
Anak pertama si Ning.
Napi (sikat tepi) dah nak setahun umurnya
Wak daftarkan namanya Siti Nur Syahira.
Panggilannya Ira aje
Harap-harap dia tak kuat menyondol.
Alhamdulillah..sedap namanya..
BalasPadamcantik sapi betinanya ya wak....namanya ning malah mirip kucing betina ku hehe
BalasPadamAmboi panjang nama anak lembu betina.
BalasPadamNamakan Hid pun boleh wak hahaha
BalasPadamamboi..anak pru la ni yer.. nama pun, x kalah yer...
BalasPadamtahniah wak makin bertambah cicitnya, nampak sihat betul semua lembu peliharaaan wak ye
BalasPadamglamour namanya ira...nurul izzah pun ok wak hihi
BalasPadamnasib baik bukan nama ahli politik ye wak
BalasPadamhahaha...sedap nau nama..ira...
BalasPadamAlaaa.. sy baru nak cadangkan nama Izzah.
BalasPadamAmboi wak…kemain panjang namanya ya..hihi
BalasPadammakin meriah lah!
BalasPadamKikiki.. Makin meriah keluarga nya ye wak.. Comel si Ira..
BalasPadamperrghhhhh glamer punya nama hahahaha
BalasPadamMeriahlah ahli keluarganya bertambah lagi..
BalasPadamAlhamdulillah ...rezeki melimpah...
BalasPadamCantik nama Ira tu..
Kalau nama Sarah pun sedap juga🤣🤣
Tahniah Wak dapat cucu. Mula2 baca tadi ingatkan kucing. Kampung Wak ni di mana ya?
BalasPadamAlhamdulillah..Selamat beranak dah.. Mujur Wak ada sebagai bidan terjun 😄
BalasPadammenyondol takde tanduk tajam tak bahaya kann kangji? huhuhu
BalasPadamkemain glamer ye nama dia hahaha
BalasPadamcomelnya ira..kalau kak namakannya ayu 15 heh heh
BalasPadamAmboi, sedap betul namanya Wak...
BalasPadammakin banyak cucu2 Wak sekarang ye? Nanti boleh jual untuk dikorbankan pd Hari Raya Haji thn dpn... huhuhu....
BalasPadammakin bertambah cucu WP
BalasPadamAmboiii..kemain namanya..dah macam nama jiran saya. Nama panggilan pun sama. Ira 🤣🤣
BalasPadamAlahai...siti shahira, dah sama nama crush bakal anak tiri SA...hahahha.....kelakar dia kena reject siap kena hina....siyes kelakar...
BalasPadamwak mmg prefer lembu warna coklat / ginger ya?
BalasPadamKelassss betul nama-nama lembu wak.. bukan kaleng2 😁
BalasPadamAmboi Wak! Glamournya nama Siti Nur Syahira tu.
BalasPadamnama baby baru Siti Nur Syahira tu lagi sedap dari nama mama sendiri
BalasPadamamboi sedap nama dia tu...
BalasPadamAmboi nama kemahin lagi ya Wak.. hahaha..
BalasPadamHAhaha... kelakar pulak Mrs. A baca kisah keluarga hanyut ni. Subhanallah cantik-cantik belaka
BalasPadamalahai comelnya nama Siti Nur Syahira :)
BalasPadamwah nama glmer sungguh wak. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki wak
BalasPadamKebetulan pula berita Ira sah kahwin harini. Bertambah meriah keluarga hanyut ni. Tak pasal wak jadi bidan terjun.
BalasPadam