Salam bertani
Wak sebenarnya nak cerita pasal kerja-kerja memotong rumput di kebun sawit tepi sungai tu. Bila cerita potong rumput mesti ingat Wak Lat. Rumpai di kebun sawit ni biasanya wak racun tapi kali ini terpaksa dipotong pula. Sebabnya sejak kebelakangan ini asyik hujan sahaja, tak sesuai untuk meracun rumpai dahlah harga racun rumpai mahal. Buat sikit-sikit bila sempat, masih tak selesai lagi. Asyik kena hujan aje. Jom layan
Gambar-gambar di atas menunjukkan kawasan
yang sudah selesai di potong rumpainya
Yang ni belum sempat dipotong rumpainya
Sepohon sawit sumber rezeki petani
Bersihnya kebun Wak.
BalasPadamTerang kawasan. Luas juga kawasan.
BalasPadamelok bersih je kebun sawit wak, abah kata kebun sawit kene bersih kalau tidak senang si hitam melingkar sana sini...
BalasPadamWak Lat potong rumput di sana, Wak WP potong rumput di sini.
BalasPadamcantik ladang wak..boleh buat tempat shot photography pengantin
BalasPadamKalau hujan emmm rumput cepat naik. Bersih kebunnya. Tenguk tajuk ingat wak pi ponorogo gitu
BalasPadamrajin betul wp potong rumput sampai licin kalah waklat ni heh heh
BalasPadamwah....luas jugak tu. bersih je..
BalasPadamWaalaikumussalam wak.. takde cendawan ke wak? selalu nya kalau tengok kat youtube lagi lagi kat kebun kelapa sawit, hujan pulak mesti banyak dok ada cendawan busut tu.. seronok tengok..
BalasPadamDaah jarang2 jumpa cendawan busut
Padamluas erk kawasannya Wak...kalau berbuah semua pokok..banyak hasilnya tu...
BalasPadamwahhhh kemasnya rasa nak guling2 je😁
BalasPadamBersihnya Wak, kalau ajak masuk kebun ni pun saya tak takut hahahaha kalau tak, saya takut yang menjaalarr tu huuuu
BalasPadamWak Lat punya potong rumput luar negara....!
BalasPadamSeronoknya tengok kebun Wak bersih je tapi penat dan ambil masa lama la ya kalau potong begitu.
BalasPadamBersih je kebunnya. Kebun sawit kami lama terbiar. Entah bila nak diusahakan semula.
BalasPadamBersihnya kebun Wak..
BalasPadamYang belum potong tu pun kalau bagi saya dah kira bersih dah tu🤭🤣
sungguh subur pepohonannya dan tak sabar menantikan hasilnya wak ^^
BalasPadamBetul juga, Wak Lat dan potong rumput macam sinonim hahaha
BalasPadamSamalah wak, kalau potong rumput mesti teringat wak lat. Betul wak, harga racun sekarang 3 kali ganda dari biasa. rugi kalau meracun masa hujan ni. Lumayan wak sawit rendah tapi banyak tandan sawit tu.
BalasPadamsuka tgk pokok2nya rendang je...
BalasPadamSusah nak nampak kebun sawit bersih macam ni kan...wak..musim hujan ni takde ke cendawan busut tumbuh kat kebun wak..SA teringin betul..tapi tu la..manjang sold out je orang yang jual tu
BalasPadamDah jarang2 jumpa cendawan busut sekarang ni SA
Padamsebab petani dah banyak guna bahan kimia untuk baja dan racun
Musim hujan memang tak boleh sembur racun.. Rugi.. Kenalah buat gine kan wak.. Takpe.. sikit sikit, lama lama habislah..
BalasPadamMoga terus dilimpahkan rezekinya Wak...
BalasPadammusim hujan cepat saja naik rumput semula
BalasPadamnampak bersih dgn merumput aje pun, cuma penat sikit la kan
BalasPadamBersihnya kebun WP sejuk mata memandang
BalasPadam