Isnin, 19 September 2022

Membaja Anak Pokok Durian

 Sala bertani

Wak baharu sahaja selesai membaja anak pokok durian di dusun WP.  Bulan ini wak bagi baja kimia. Sebatian NPKMg 15:15:6:4 khas untuk anak pokok . Anak pokok durian biasanya wak bagi baja setiap bulan. Baja sebatian, baja organik, dolomit dan baja foliar bergilir-gilir setiap bulan. Jom ke dusun



Baja sebatian impot cap jambatan 15:15:6:4+Te
 untuk anak pokok durian
Harganya anggaran RM260


Cara membaja sebatian kepada anak pokok durian
Baja ditaburkan di sekeliling pokok dan tutup dengan tanah semula


Baja organik cap Jambatan RM35 sebeg 25 kg
Racun kulat Monceren RM70 sepek 500 g
Racun serangga Pazelo 505 RM 60 sebotol 1 liter


Maklumat tentang baja organik Champion 5:5:5


Baja organik 555 ditabur di sekeliling kanopi pokok


Ini juga baja organik yang sesuai untuk anak durian
Baja 888 atau biasanya dipanggil baja kopi


Baja kopi ditabur di sekeliling anak pokok
dan ditutup dengan tanah semula


Dolomite untuk memperbaiki struktur tanah 
dan keasidanan tanah
Harganya anggaran RM80 sebeg 50 kg



Tabur dolomite di sekeliling anak pokok
Dolomit juga digunaan sebagai baja lubang
sebelum menanam anak pokok durian


Baja foliar Bayfolan
Harganya RM100 setong 5 liter
Disemburkan pada daun dan batang anak pokok durian


Baja Foliar Acrecio untuk perkembangan akar
Harganya RM250 setong 5 liter
Disembur kepada daun dan tanah di sekeliling perdu pokok


Anak pokok durian duri hitam


Anak pokok durian D17


Anak pokok durian Kim hong


Anak pokok durian ioi


Anak pokok durian musang king



Salam bertani.

22 ulasan:

  1. Baja setiap bulan sehingga besar lah ye wak. Kos dia boleh tahan juga ya

    BalasPadam
  2. wah banyak jenis durian ni wak dan baja pun macam-macam jenis. Ni semua pokok baru tanam ke wak

    BalasPadam
  3. Agak-agak lagi berapa lama tu baru dapat hasilnya Wak?..

    BalasPadam
  4. Makin banyak pokok durian wak nanti ni...

    BalasPadam
  5. Boleh tahan jugak kos nak membaja ya Wak..

    BalasPadam
  6. Banyak jenis baja. Patutlah pokok buah-buahan wak elok keluarkan buah.

    BalasPadam
  7. VM baru follow sini. menariknya tips. teringin jugak nak tanam pokok durian. dapat makan banyak banyak bila musim hehehe

    BalasPadam
  8. berapa pokok durian wak ada semuanya wak? makin banyak nampaknya

    BalasPadam
  9. Bestnya bercucuk tanam. Ada dusun. Boleh berbakti pada tanah. Pokok dah besar makan hasil.

    BalasPadam
  10. Patutlah harga durian mahal ye, kos menjaga & membajanya sgt tinggi...

    BalasPadam
  11. Setelah ditaruh baja apa tak perlu ditimbun dengan tanah,Wak?

    BalasPadam
  12. Masha Allah wak, semoga semakin berkah sahaja. Saya senang sekali melihat bercocok tanam seperti ini.

    BalasPadam
  13. Banyak kosnya.. Patutlah harga durian mahal..

    BalasPadam
  14. semoga membesar dgn jayanya dan memberikan buah yg byk

    BalasPadam
  15. Banyak baja digunakan. Begitu rupanya teknik membaja pokok. Macam-macam jenis pokok durian. Semoga hasilnya semua bagus. Seronok nanti dapat makan berjenis jenis durian.

    BalasPadam
  16. harga baja pun boleh tahan mahal.. banyak jenis pokok durian wak tanam

    BalasPadam
  17. banyak sungguh pokok.. puas tuai hasil nanti pakcik

    BalasPadam