Dahulu, dusun WP ni dipenuhi dengan pokok pulasan. Wak banyak tanam pokok pulasan sebab pada masa tu buah pulasan sangat mahal harganya dan pokok pulasan cepat berbuah. Sehinggalah suatu masa buah pulasan jadi lambakan bila bermusim merundum sampai RM1 sekg. Akhirnya wak tebang kebanyakan pokok pulasan dan digantikan dengan anak pokok durian klon. Sekarang hanya berbaki lebih kurang 20 pokok pulasan untuk buat ada-ada sahaja bila musim buah. Musim buah pulasan serentak dengan buah ramburan selepas musim durian dan manggis berakhir.
Hasil panenan buah pulasan
Buah pulasan yang sudah matang di pokok
Sepohon pulasan yang berbuah lebat
Buah pulasan matang berwarna merah hati
Bergayutan hingga ke tanah
Sedia untuk dituai
Sepenuaian pagi ini
Gambar dekat
12 bungkus tempahan pelanggan
Sebungkus 3.5 kg RM10 sahaja
Saalam bertani.
Lama tak makan buah pulasan. Murahnya wak jual. 3.5kg RM10 je.
BalasPadamwah dulu mesti banyak pokoknya ni yang tinggal pun dah 20 pokok apa lagi lah yang dulu2. Dulu2 susah nak dapat pulasan. Tahun ni pokok pulasan kat kampung tak menjadi sangat tu pun kena kerowak dek cik nyet. Dapat le sikit rasa kat anak cucu. huhuhu
BalasPadamMula tanam dulu tahun 80 an lebih kurang 50 pokok.
PadamHasilnya wak berjualan di pasar tani dan pasar kampung
Sekarang dah tak berjualan lagi.
teringat pulasan yang wak pos dekat saya tahun lepas, sampai busuk sayang betul lah wak... kalau la masa ni saya balik kampung mesti saya singgah rumah wak
BalasPadamSy suka buah pulasan ni tetapi yg longkah isinya. Rasanya unik sikit dari rambutan.
BalasPadamWah meriahnya pulasan kat kebun wak.. Murah plak tu.. Rezeki wak masih ada lg tu walau byk pokok dh ditebang ye
BalasPadamSemuanya segar-segar, sedapnya!
BalasPadamDi kg sy, ada sepokok je Wak :D
Sedapnya pulasan...
BalasPadamboleh tengok sahaja,wak. zaman saya nak makan buah begini dah berlalu kecuali dah kupas.
BalasPadamdapnya buah pulasan..manis. susah nak jumpa kan
BalasPadamFeveret uncle ni...!
BalasPadamTempoh hari balik kampung belum masak sangat. Tapi babah kata asal dah boleh makan petik je.. makan. Kalau tidak memang tak menjamah..
BalasPadamwahh kat mana ni wak? teringin nak makan
BalasPadamArea Simpang Renggan
Padampayah nk cari buah pulasan dodolan neng tepi longkang, kena ikut musim jugak., huhu
BalasPadamBestnya..selain untuk makana sendiri boleh dijual kan wak...lepas jugak tambah2 belanja beli baja...
BalasPadammeriah nya buah pulasan tu
BalasPadamPulasan kat kampung Mrs. A merajuk dah! takde buah pun
BalasPadamDulu masa harga tgh mahal brp harga sekilo wak
BalasPadamAwal2 tanam dulu harganya memang mahal sebab buah pulasan tak banyak.
PadamMasa lambakan dulu pernah harganya jatuh sampai RM1 se kg
Kalau dekat nak beli lah wak.. saya suka pulasan ni.
BalasPadamTeringin nak rasa pulasan tu jugak.
BalasPadamWak ada lagi ke sekarang? Wak jual dekat mana?
BalasPadamBuah pulasan dah nak habis musim
PadamWak jual kat rumah aje dan ada juga hantar pada kawan2 yang dekat2.
Aduh wak.. Kalau dekat ini, memang saya beli.. Suka betul saya dengan buah ini.. sebab senang nak makan.. hehehe..
BalasPadamkalau dekat wak suruh petik aje kat kebun tak payah beli
BalasPadamEloknya buah pulasan Wak, kalau dekat harus datang beli..
BalasPadamBuah pulasan memang mahal harganya. Kadang mampu tengok je. Kalau dekat boleh juga membeli fresh from ladang wak.
BalasPadam