Ahad, 14 Ogos 2022

Kisah Keluarga Hanyut

 Salam bertani


26.04.2016 - Zura melahirkan anak ke-dua
Wak dah lupa nama anaknya
Juga lupa nak pasang rantai leher pada masa itu


Semasa berumur setahun, anak Zura hanyut ke dalam sungai
Dia dapat mendarat ke tebing seberang sungai
Sejak itu ia hidup bersendirian di seberang sungai dan wak
mula panggil dia 'Yut' sempena peristiwa hanyut tersebut
Yut tidak dapat ditangkap kerana tidak bertali.


25.03.2020 - Walau pun hidup sensorang Yut melahirkan
anak sulung betina
Wak bagi nama Ning sebab warna kuning


Yut dan Ning di seberang sungai semasa banjir besar
pada Januari 2021
Mujurlah mereka tak hanyut sekali lagi


27.04.2021 - Yut melahirkan anak ke- dua
Anak jantan ni wak namakan Pokteh Ali sebab ada
tompok putih di kepalanya
Panggilannya Putih sahaja


23.12.2021 - Ning pula melahirkan anak pertama jantan
Wak daftarkan nama 'Napi'


Tahun 2021 keluarga Yut di seberang sungai
 dah jadi empat ekor
Masa ni Yut sudah dapat ditambat


10.03.2022 Yut melahirkan anak ke-tiga
Anak jantan yang wak namakan 'Syuk' tu


Gambar Putih terkini


Gambar Syuk terkini


Gambar Napi terkini


Ning, Napi dan jantan misteri yang sesekali datang
daripada hutan bersebelahan


Yut the legend
Kerana keluarga hanyut ini, wak terpaksa meredah
sungai setiap hari
Salam bertani


33 ulasan:

  1. Balasan
    1. Napi tu baik budaknya sebab dah ditambat sejak lahir lagi

      Padam
  2. Sy sampai buat salasilah nak fahamkan kejadian keluarga hanyut ni. Tapi masa mula2 sedih pulak tengok Yut sensorang kat seberang sungai tu, wak. Mujur ada jantan yg sudi memperisterikan Yut, hihihi.

    BalasPadam
  3. suka tengok gambar2 lembu sekeluarga....sian Zura, sib baik tak meroyan, anak hilang..Yut bertemu jodoh dgn lembu seberang..kreatif Wak bagi nama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa Yut hanyut ke seberang sungai tu dia dah ada adik
      Jadi emaknya dah tak kisahkan dialah

      Padam
  4. Kalau dah jodoh, di seberang sungai pun ada jantan misteri dari hutan hahaha boleh dibukukan kisah hanyut si Yut ni, wak. Buat buku cerita kanak-kanak.

    Napi membesar dengan sado :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 masa seekor kadang2 sampai seminggu Yut tak kelihatan di seberang sana. Rupanya ikut jantan lliar tu dalam hutan

      Padam
  5. Balasan
    1. Sekarang seberang sungai tu pun wak dah jadikan kawasan ragut. Anak2 kayu wak dah tebang dan bersihkan. Yut dan keluarganya pun dah selesa kat sana

      Padam
  6. Eh ada juga ya lembu liar (jantan misteri dari hutan). Menarik cerita Yut ni. Wak meredah sungai tiap hari guna sampan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak nyeberang sungai pakai redah aje
      Airnya sedalam paras pinggang aje.
      Kalau musim hujan bila air besar baru wak guna jambatan yang ada di hujung kampung.tapi jaraknya jauh sikitlah

      Padam
  7. Menarik kisah Yut ni..Boleh difilemkan ni..
    Buat drama pukul 7 tu pun laku ni..
    Pasti lebih kontroversi dengan kehadiran watak Syuk & Napi tu..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak jarang2 tonton tv
      Apatah lagi drama pukul tujuh tu memang tak pernahlah time nak ke surau

      Padam
  8. Walaupun berada di seberang sanun, Nyut hidup bahagia sebab ada pakwe. Patutlah Nyut sanggup hidup bertahun di sana. Moga Nyut terus berbahagia.

    BalasPadam
  9. memang tak boleh nak bawak ke seberang sini ye wak si Yut dan keluarganya? nasibla tak di curik orang ye wak depa2 ni..... jantan pojaan lah tu wak , kiranya lembu liar jugak lah tu ya sebab tak bertali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang tempat Yut tu pun dah jadi kawasan ragut.
      Yut, Putih, Napi dan Syuk wak dah tambat
      Cuma Ning aje yang tak dapat dipasang tali lagi.

      Padam
  10. wah bahgianya keluarga tepi sungai ni kak ada berangan nk tulis cerpen keluarga tepi sungai ni xsiap2 heh heh...nanti nk cuba sambung

    BalasPadam
    Balasan
    1. PI memang terror bab2 berkarya ni
      Wak tak pandailah nak menulis cerpen atau cergam (cerpen bergambar)

      Padam
  11. Keluarga hanyut yang harmoni. Walau hanyut membentuk sebuah keluarga sendiri yang harmoni.

    BalasPadam
  12. Halo keluarga Hanyut sekalian.... hehhee.. Moga takda yang hanyut dah ye..

    BalasPadam
  13. alahai...nama pun ada cerita kan, unik sungguh

    BalasPadam
  14. ramai generasi ko Yut :) lama tak singgah ke sini wak.. semoga baik2 semuanya.. aamiin

    BalasPadam
  15. walaupun terpisah di seberang sana, dapat juga ia membina keluarganya.. Tak dapat dibawa semula ke seberang sini semula ke wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seberang sini pun lembu wak dah banyak
      Biarlah Yut dan keluarganya di seberang sana

      Padam
  16. bersusun generasi yut..wpun tercampak ke seberang, berjaya Yut ni survive & menambahkan ahli keluarga..

    BalasPadam
  17. Takpe la wak.,..yg penting Yut sekeluarga lembu wak, hak milik wak kan....jangan ada orang lain mengaku milik dia sudah...cepat besar ye anak2 Yut tu...

    BalasPadam
  18. Asal usul jantan liar mesti hanyut juga tu. Hanyut2 pn berkembang dgn jayanya keluarga yut.. Salasilah bertingkat da hierarkinya Haha

    BalasPadam
  19. Kesian dia hanyut dan terpisah kat seberang tapi dah bahagia dah dia ada keluarga. Kena buat jambatan tu wak. Sesekali bawa balik ke seberang sini pulak. Syuk sorang je putih.

    BalasPadam
  20. mcm mana wak ingat nama budak2 tu wak.. jenuh gak nak hafal semuanya

    BalasPadam