Salam bertani
Sudah hampir setahun wak menebang pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah. Kebun pun dah semak semula, sekarang baru ada kelapangan untuk wak menanam benih kelapa sawit. Benih kelapa sawit hanya sebahagian sahaja yang sampai kerana kekurangan stok. Wak tanam dahulu mana yang ada. Lepas raya nanti bolehlah selesaikan sambung semula penanaman.
Benih kelapa sawit yang baru sampai sedia untuk ditanam
Kebun sudah dibersihkan dan pancang disediakan
Gali lubang penanaman gunakan jentera
Anak pokok kelapa sawit yang siap diubah
Gunakan jarak segi tiga 10m X 10m X 10m
Bekalan benih daripada FGV
Suami Kak Sue pun baru nak tanam semula sawit kat tanah di kampung..
BalasPadamOh gitu ye langkah penanaman sawit. Moga subur dan perolehi hasil. Aameen.
BalasPadamWah. Semoga membuahkan hasil :D
BalasPadamtahun lepas kot abah pun baru tanam semula pokok sawit belakang rumah, pokok tua banyak dah baring wak hehehheh apa lagi ambil umbutnya buat masak lemak hehehhe
BalasPadamSemoga membuahkan hasil mudah segala proses ye Wak
BalasPadamwah baru nak tanam wak bila boleh dapat hasil ni. Harga sawit tengah tinggi sekarang ni. bersih kebun wak.
BalasPadam3/4 tahun lagilah
PadamSeronoknyaaa....dapat bayangkan bila pokok-pokok ni mula membesar nanti
BalasPadamsemoga nanti tumbuh subur dan cepat tinggi ya wak..tak sabar menantikan berbuah tiba ^^
BalasPadamwak, tanam keladi sekali wak...ehh..hahahahah
BalasPadamWak tanam keladi mawar yang buat makan tu
Padamkeladi kaler2 tu tak mainlah
Semoga semuanya membuahkan hasil. Aamiin.
BalasPadamAlhamdulillah... moga beroleh hasil yg lumayan Wak.
BalasPadamAlhamdulillah. Babah pun dah sulam semula anak pokok kelapa sawit baharu kat kebun.. Semoga tumbuh subur ya wak.
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga terus sukses wak..
BalasPadamWak, tu kalau tanam dalam berapa tahun baru berbuah tu Wak?
BalasPadamIn syaa Allah
Padam3 hingga 4 tahun dah boleh mula tuai hasil
Semoga terus sukses ye wak!
BalasPadamALHAMDULILLAH MOGA TANAMAN SAWIT TIADA GANGGUAN TUMBESARANNYA...4 TAHUN DH BOLEH TUAI BUAHNYA BUKAN LAMA PUN
BalasPadamSemoga menjadi WP tanaman kelapa sawit ni,murah rezeki WP
BalasPadamberapa kos semua wak habis. anggaran kasorla...
BalasPadamKos bersih kebun dan buat lubang guna jentera = RM4,000
PadamKos benih RM20 X 300 pokok = RM6,000
Kos baja pemula RM200 X 5 beg = RM1,000
FGV juga pembekal minyak masak kan?
BalasPadamHa aa
PadamAnak syarikat FELDA
mantapp wak 👍👍
BalasPadamsemoga membesar dengan jaya ye anak2 sawit!
BalasPadamSeronoknya tengok dah tanam sawit pulak..Moga sihat semuanya yee
BalasPadamdari getah ke kelapa sawit..mahal sekrg ni harga sawit..
BalasPadamLumayan hasil sawit ni. Sekali tuai banyak dapatnya.
BalasPadamSemoga membuahkan hasil yang lumayan
BalasPadamBila tengok tanah lapang untuk berkebun..Akan ada satu rasa nostalgia sangat..Rasa nak guling2 kat situ🤭
BalasPadamsemoga membesar dgn sihat
BalasPadamnampak benih baik ni.. semoga besar dan membuahkan hasil
BalasPadamSaya sharekan info baja slow release yang berkaitan
BalasPadamCurrent technologies normally consumed 3-5% of hexaconazole with fast-release within a day, which requires repetitive work. It leads to high labour costs and leachate to the environment. The invented Ca-MOFs nanocarrier requires less than 1% or as low as 50ppm of hexaconazole.
Sumber dari UPM : https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/hexa_mofs_fungicides_nanodelivery-67882
Semoga bermanfaat
Haii, saya nk tanyaa, kenapa tak perlu buang polybag tu? Kenapa tanam je terus mcm tu? Tak mengganggu ke tumbesaran pokok tu nnti? (Maaf sebb tanya soalan rumit, saya student uni sebnrnya and amek course AT110)
BalasPadamSebenarnya polibeg tu dah dikeluarkan daripada tanah anak benih tu. Cuma tak dibuang keluar dan dibiarkan menutup perdu anak pokok sawit di bahagian atas tanahuntuk mengelakkan serangan perosak seperti babi hutan dan landak yang suka memakan umbut anak pokok sawit tersebut.
Padam