Selasa, 5 Oktober 2021

Buah Rambutan Tidak Tertuai

 Salam bertani

Musim buah-buahan di dusun WP secara rasminya sudah berakhir. Ada lebih kurang 10 pokok rambutan yang berbuah lebat tetapi hanya sedikit sahaja  hasil yang dapat dimanfaatkan. Kebanyakan buah rambutan tidak dituai dan tidak dapat dipasarkan pada musim PKP ini. Adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan juga tidak dapat memeriahkan dusun pada musim buah kali ini.


Buah rambutan yang sudah terlalu tua dan akan gugur sendiri


Buah rambutan anak sekolah ini sudah habis gugur tidak tertuai


Sebahagian kecil sahaja yang dituai untuk makanan sendiri
Ada juga kawan-kawan terdekat datang menuai.


Sudah hampir luruh semua


Buah rambutan jarum emas yang melimpah ruah hingga
 mencecah tanah ini tidak dapat dimanfaatkan


Sepohon rambutan ini asalnya menghasilkan beratus kilogram buah.
Buah yang terlalu masak ini kebanyakannya gugur sendiri.


Buah rambutan yang sudah terlalu masak
Isinya sudah kecut dan berair tidak sedap dimakan

Salam bertani

27 ulasan:

  1. dari jauh pun dah boleh nampak rambutan berbuah lebat betul ya .

    BalasPadam
  2. Berbuah lebat tu wak..musim PKP berbuah pula rambutan kan..

    BalasPadam
  3. Ya Allah..sayangnya kan bila hasil tak dapat dikongsi bersama. Cepatlah berlaku pergi covid

    BalasPadam
  4. sini pun sama, tengok camtu je bagi yg berkebun. nak hantar ke bandar tak berbaloi, byk sekatan jalan

    BalasPadam
  5. Punya banyak buahnya ye? Warnanya pun merah menyala.....suka buah rambutan.

    BalasPadam
  6. Suka tengok pokok rambutan merimbun. Lalu tepi jalan sampai buruk sendiri buahnya. Macam takde yang petik. Nak mintak, segan.

    BalasPadam
  7. Aduh rugi kan tapi itulah tidak termakan dan hendak beri orang pun terhad.

    BalasPadam
  8. Ma sha Allah...
    Lebatnya buah,semoga sedikit hari lagi dapatlah anak cucu dan saudara mara dapat rentas negeri.Pulang dapat makan rambutan lanjut usia pun tak apalah,janji dapat balik

    BalasPadam
  9. sayangnya...tapi betul, hari tu saya beli manggis pun, pakcik tu ckp dia jual murah2 jer..sbb anak cucu x dapat balik. sedih je dgr...
    teringat pokok rambutan kat rumah arwah nenek dulu..sepokok je but mcm ni la..merah buah2 nya.

    BalasPadam
  10. sayang nya wak... dana suka buah rambutan yang dah masak sangat sebab berair heheheh... masa tu tengah pkpd nak kemana nak menjual ke pasar pun payah ye wak

    BalasPadam
  11. Sedapnya rambutan ranum mungkin sempat tunggu sedara mara dpt rentas negeri n daerah ke sini mengaitnya.

    BalasPadam
  12. sayangnya wak tapi betul lah selalunya kalau kat kg time ni lah kami adik beradik balik muo petik ramai-ramai. Tahun ni emm sedih je tenguk rambutan masak tak berpetik tu pun bagitahu jiran kalau nak petik sendiri.

    BalasPadam
  13. Sayang bila banyak buah rambutan tak tertuai ni bila anak cucu sedara mara tak dapat balik kampung. Salah satu kesan bila PKP ni kan. Harapnya sempatlah ada yang dah balik dan merasa.

    BalasPadam
  14. aduhai sayangnya. banyak negeri berubah fasa pun selepas habis musim buah.

    BalasPadam
  15. Geram nya tengok... melayut-layut!

    BalasPadam
  16. Sayangkan Wak :(
    Tapi apa boleh buat, bukan rezeki anak cucu sahabat handai tahun ni.

    BalasPadam
  17. Sama kisahnya dengan pokok buah di rumah mak. Walaupun tak banyak macam pokok kebun wak, tapi ada yang terbiar gitu je. Sayang…tapi apa boleh buat.

    BalasPadam
  18. Sayang rasanya, tapi itulah, keadaan belum mengizinkan.

    BalasPadam
  19. Puhhh..dapat ku bayangkan kemanisan yang ditawarkan oleh rambutan ni...

    BalasPadam
  20. Alahaiii...sayangnyaaaa.......tapi nak buat cane kan wak...
    PKP x semua boleh balik

    BalasPadam
  21. bila. lama. sgt dah tak sedapp rambutan ni
    akhirnya terbuangg je
    sama. dgn pokok2 di kg sy tu sayanggg sgt buahhnya tak terlarat mkn

    BalasPadam
  22. banyaknyaa wak..ni kalau saya dekat dah minta sikit dah hahahaa

    BalasPadam
  23. Ala.. kalau dekat saya dtg wak tlg tuaikan hihi

    BalasPadam