Salam bertani
Buahan tempatan bermusim yang terakhir matang di dusun WP ialah buah rambai. Ada dua pokok rambai kampung di dusun WP yang sudah matang buahnya. Buah-buah rambai mulai gugur menandakan sudah boleh dituai. Nampaknya buah rambai kurang diminati apatah lagi pada musim PKP ini. Biasanya buah-buah rambai matang akan berguguran begitu sahaja atau dimakan oleh burung dan tupai.
Beberapa tangkai buah rambai yang baru wak tuai
Kulit buah rambai bertukar warna keputihan apabila matang
Isi buah rambai berwarna putih
Buah rambai biasanya mengandungi tiga ulas isi
Rasanya ada yang manis dan ada yang masam manis
Isi buah rambai dimakan dengan menelan bersama
bijinya sekali
Kebanyakan buah terdapat di hujung dahan
Buah rambai muda berwarna hijau
Anak pokok rambai telur berusia dua tahun
Benih klon menggunakan cantuman mata tunas
Buah rambai telur saiznya lebih besar, manis
dan kulitnya berwarna putih terang apabila matang
Salam bertani.
Tak semua rambai masam. Ada yang manis, tapi jarang jumpa.
BalasPadamAduhai...memandang rambai rindunya kampung halaman.
BalasPadamBiasa kalau di kampung,musim rambai berputik sama dengan musim menyemai padi.Bila rambai masak,musim hujan musim padi menghijau...Musim haruan membiak.Anak-anak haruan yang baru lahir bewarna oren & saiz bilis mata biru disauk masak sambal cili api + kulit rambai..
Nampak rambai teringat sawah bendang...
Alahai sayangnya berjatuhan. tempat kami yg tiada buah ni confirm2 akan beli hahaah
BalasPadamHaah rasanya dulu lagi popular daripada rambai.
BalasPadamSedapnya kulit rambai bubuh dalam masak lemak cili padi.
BalasPadamDulu ada sebatang pokok rambai di belakang rumah arwah atok... Dah takde dah sekarang
BalasPadamTerima kasih Wak kongsikan gambar gambar dusun macam ni. Rindu betul zaman dulu dulu semasa musim buah..
BalasPadamDah lama tak makan rambai..
Sedapnya buah rambai lama tak makan. Last makan zaman sekolah dulu tak silap. Ini kalau tak malu, datang rumah wak beli terus senang. Mesti tak sabar nak tunggu rambai telur tu. Sebab manis dan besar sikit kan. Tu tak pernah makan lagi. First time tahu.
BalasPadamsy sukaaa ni Wak
BalasPadambuah lastt sekali msk, dgn buah tampoi tu
memang kurang org minat sb tu xda jual. sgt tp kalau sy buah ni yg ditunggu
Buah rambai makan dengan biji tu takut nak makan, ada saja cerita dongeng pokok tumbuh dalam perut hehe..
BalasPadamUnik buah ni..ada pokok rambai di kebun..tapi sini tak berbuah lah wak..hehehe
BalasPadamsedapnya rambai makan telan semua sembelit pulak
BalasPadamMeriah pokok WP.. bile tgk blog WP mesti membuak2 nk menanam pokok...tp xde tanah😅
BalasPadamLama dah tak makan buah rambai ni, wak. Susah nak jumpa di tempat saya. Kalau ada pun, tinggal pokok je. Dah tak berbuah :)
BalasPadamPuluh tahun rasanya PC tak makan buah rambai ni. Suka tengok macam lampu LED tak pun langsir berjurai-jurai.
BalasPadamWah banyaknya buah rambai :)
BalasPadamSA x pandai makan buah rambai telan sekali bijinya...kalau A makan macam tu akan sakit perut dan cirit birit, macam yang SAa cakap sebelum ni...kulit dia Mak SA jadikan campuran dalam masakan...
BalasPadamsinggah jenguk blog pakcik malam-malam ni, tengok dusun hehe
BalasPadamAaaaa kecur air liur teringat rasa rambai ni. Sedapnya kalau manisss tu. Tapi dah lama tak makan. ada sejarah hitam sikit hehe
BalasPadamkecik2 dulu makan buah ni main telan je. heheheee. dah lama tak nampak buah ni.
BalasPadamCantik gambar buah rambai macam juraian.
BalasPadamKat rumah mak tak sebanyak ni buahnya,
Fuh best
BalasPadamterbaik wak .. x payah susah2 beli
BalasPadamlebatnya berbuah
BalasPadamComel pulak tengok buah rambai warna hijau tuuu, macam hiasan hehehe.
BalasPadammungkin peminat buah rambai tak boleh merentas. Contohnya saya. Tapi selalu jumpa yang masam.
BalasPadamlebat buah rambainya..
BalasPadamRasanya tak pernah makan buah rambai. Teringin pulak nak cuba. Mana nak dapat ya. Seronok tengok pokok wak. Kusss semangat penuh buahnya
BalasPadamWak, buah rambai antara buah yang saya xpernah makan lagi ^_^ seronok duduk kg wak mcm2 buah ada..suka saya!
BalasPadamDulu pernah ada pokok rambai tapi dah kena tebang. Sekarang susah nak jumpa buah rambai. Dulu kalau dapat makan telan je lagi kalau manis. emmm mostalgia sungguh
BalasPadamAduyaii sedapnya.. lama x makan rambai
BalasPadam