Salam bertani
Wak ada memelihara beberapa ekor ayam mutiara mulai awal tahun ini. Sebelum ini wak tak pernah lagi memelihara ayam mutiara, jadi bila ada peluang wak cubalah. Memelihara ayam mutiara tiadalah susah mana sebab ia tidak kuat makan, tahan penyakit dan gemar meragut rumput.
Sejak dua minggu yang lepas, ayam mutiara yang wak bela sudah mula bertelur. Wak agak dua ekor yang bertelur sebab sehari dapat dua biji telur. Sebenarnya wak ada sembilan ekor ayam mutiara daripada sepuluh ekor anak ayam mutiara yang wak dapat.
Daripada sembilan ekor ayam mutiara tersebut, wak masih kurang pasti berapa ekor yang jantan dan berapa ekor yang betina sebab keadaannya lebih kurang sama sahaja. Cuma rasanya lebih banyak yang jantan. Setakat ini yang pasti, ada dua ekor yang betina sebab menghasilkan dua biji telur sehari
Kali pertama tahu tentang ayam mutiara ni. Memang unik sebab jantan betina rupa sama. Kenapa ia tak eramkan telurnya sendiri?
BalasPadamAyam mutiara betina bertelur sehingga 50 biji semusim
PadamSebiji sehari. Ia tidak bertelur setempat jadi tidaklah ia mengeram. Tetapi ayam mutiara yang dibela secara semulajadi mungkin membuat sarang dan mengeram.
boleh makan ke telur ayam mutiara ni?
BalasPadamWak dah rebus beberapa biji
Padamlebih kurang macam rasa telur ayam kampung juga.
nk bezakan yg mana jantan yg mana betina senang je wak kangji., ikut je teka teki nujum pak belalang., hehehe
BalasPadamHahahhaa... yang ni lawak Wak
PadamAlhamdulillah dah bertelur, oh eram dalam inkubator.. Nampak besar umur sebulan...
BalasPadamWahhh.. cepatnya dia membesar
BalasPadamPernah tengok ayam ni , hari ni baru CCL tahu nama ayam ni ayam mutiara
BalasPadamSalam ziarah...cantik aam mutiara..gigih berusaha wak..alhamdulillah..turut bersukur..
BalasPadamWkmsalam
PadamBela untuk suka2 aje cikgu
banyak telurnya. baru tahu yang ayam mutiara ni susah dapat penyakit, kira keballah juga ya
BalasPadamLebih resisten terhadap penyakit jika dibandingkan dengan ayam biasa.
Padamdana ingat telurnya lebih besar dari telur ayam wak, sebab saiz dia yang lebih besar...
BalasPadamooooh dia pandai terbang ya, teringat masa dana kecik dulu rumah arwah nyai ada bela, kadang kita jalan dikejarnya, dahla laju dia lari... selalu dengar bunyi dia tu terus lari sebab tak suka kena kejar, dahla badan dia besar seriau heheheh
Nampak besar sebenarnya bulunya aje yang tebal
PadamSaiznya lebih kurang ayam kampung aje
Ayam mutiara ni sebenrnya layak di panggil burung...
BalasPadamIsi ayam ni mcm mana rupanya wak..bkn kaler hitam mcm ayam yg hitam tu kan..
BalasPadamWak belum pernah sembelih lagi.
PadamNanti kalau wak sembelih wak tunjuk
wak nanti kalau dah sembelih tunjuk sket badan ayam ni yang sudah dibuang bulu.. gemok juga ke atau bulu dia yang buatkan ia nampak gemok.
BalasPadamIn syaa Allah
PadamBanyak jantan tu mungkin wak sembelih juga nanti
Alhamdulillah. Jarang dah sekarang orang bela ayam mutiara ni wak. kat kampung PC dan suami pun tak ada orang bela. Bila tengok wak bela rasa seronok la.
BalasPadamWak bela untuk suka2 aje
PadamRamai pula yang menempah anak ayam mutiara ni
cantik ayam murtiara ni.. teringat zaman budak2 dulu.. kena kejar dengan ayam mutiara milik jiran.. tak cukup tanah lari sampai menangis.. punyalah garang ayam ni
BalasPadambaru tau yang die telur bersepah cmtu..belajar ilmu baru arini
BalasPadamAyam lain pula tolong eramkan telurnya.. Nanti dah menetas anak tu ikut ibu eram ke macam mana?
BalasPadamIbu eramlah yang jaga
PadamTapi biasanya wak didik sendiri tanpa ibunya
Wak..Pak Zain tanya ayam mutiara tu sedap x daging dia?
BalasPadamWak belum pernah sembelih lagilah SA.
PadamNanti kalau wak sembelih, wak beritahu rasa dia macam mana.
Ayam mutiara ni ayam api ke Wak?
BalasPadamHa aa sama
PadamWah! Sudah boleh mengutip hasil. Ingatkan ayam mutiara bertelur mutiara hihihiii.
BalasPadamKalau macam tu boleh kaya penternak ayam mutiara.
PadamAyam ni bila berketak bising kemain tapi rupa dia comel...Lama juga yer proses mengeram berbanding ayak kampung ..tak padan telur kecikš¤
BalasPadamSebab kulit telur dia tebal macam kulit telur itik
PadamJadi tempuh pengeramannya lebih kurang macam telur itik jugalah.
wah...seronoknya. moga makin membiak. byk leh belajar & tau kat blog Wak ni.. best!
BalasPadamMudah2an ada sedikit manfaatnya
Padamwak. ni kalau yg dkt kedai, telur ayam biasa kan. kalau ayam mutiara rasnaya berbeza ?
BalasPadamKat kedai tu telur ayam biasa
PadamTelur ayam mutiara kecil sedikit dan ada bintik2.
Rasanya lebih kurang aje
ohhh ini namanya ayam mutiara ya..baru tahu..selama ni tak tahu namanya...
BalasPadamMudah tu nak bela ayam mutiara tak banyak karenah. Tapi jenuh juga nak mengutip telurnya yang bersepah. Jenis ayam mutiara ni banyak isi lah kan wak.
BalasPadamMacam tebal bulu aje.
PadamSebab orang bela bukan untuk dagingnya
lebih kepada untuk haiwan perhiasan.
Oh! nama ayam ni ayam mutiara biasa tengok kat zoo
BalasPadamSedap ke WP dagingnya… ke sama je rasanya. Mahal ke harga dia ?
BalasPadamSebenarnya wak belum pernah makan lagi daging ayam mutiara ni jadi tak tahulah rasanya macam mana.
PadamHarganya agak mahal sebab bekalannya sangat terhad.
Pernah tengok ayam ni tapi xtaw nama hahaha masuk blog wak baru tahu nama
BalasPadamcomel ayam mutiara dah macam kembar sebab tak tahu jantan betinanya. Buat perusahaan ayam mutiara wak sebab jarang orang jual ayam ni
BalasPadamdasat ni wak! banyak betul ayam mutiara wak bela
BalasPadamAssalamualkum..wak nk beli ayam yg jantan dewasa ada.
BalasPadamWkmsalam
PadamKalau dekat boleh datang
Ayam ni terbang tinggi tak wak?
BalasPadamBoleh terbang tapi tak jauh.
Padam