Sabtu, 24 Julai 2021

JDT 12

 Salam bertani


Hasil tuaian daripada dusun
Buah nangka tu hampir 30 kg


Budak Otto tidur kurang sopan


Buah limau barli sunkist ni dah boleh tuai


Putik buah labu manis


Haiwan ni boleh dikatakan ada di setiap pokok anak durian.
Haiwan berguna yang mengawal serangga perosak tanaman


Buah longan ping pong


Beli baja untuk anak pokok durian dan tanaman lain.
Acrecio tu adalah baja folier, harganya RM250.00/5L


Anak-anak ayam hutan pun dah tak nak tidur di hutan
Cari reban sebab lebih selamat dan ada makanan


Buah duku terengganu dah nak kuning mencelah


Ayam kampung dewasa untuk tuaian telur ayam


Pokok lokio tanam dalam pasu aje


Pokok rambutan pusaka di depan rumah
Umurnya lebih tua daripada wak
Jenis rambutan zaman dulu ni dah takde orang tanam


Tanaman sayur kampung tepi rumah


Berita tentang lambakan durian terutama di pantai timur dan
utara semenanjung.
Musim durian di JDT termasuk dusun wak dah lama berakhir


Ayam mutiara dah turun tanah
Hidup 9 ekor daripada 10 ekor anak yang ditetaskan.


Hasil tuaian semalam.

Salam bertani.

42 ulasan:

  1. otto tu musim buah je ke dia muncul?πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† eee geram betul karpet niπŸ˜†πŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak tu dah obess sebab makan tido aje kerjanya

      Padam
  2. Seronok la kat kg wak ni...bila la dpt ziarah...bukan nak makan buah ke apa..cuma nak rasa kehidupan kampung yg dh lama ditinggalkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun pernah terfikir, macam manalah suasana duduk di bandar terutama rumah yang tinggi2 tu. Seronok agaknya, nak apa kemudahan semuanya ada.

      Padam
  3. Hai Otto. Kent mana wak. MasyaAllah, alhamdulillah hasil berbudi pada tanah.

    BalasPadam
  4. Besarnya nangka! 30 kilo!
    Otto tu, nak kena selimut. Malu la. Hehe..
    Banyaknya hasil tanaman wak. Tak habis makan sekeluarga, kan. Bila jual, dapat hasil.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Wak belum cuba lagi
      Baja folier import buatan Prancis

      Padam
  6. Balasan
    1. Panjangnya dekat satu meter.
      Mungkin nangka king kot.

      Padam
  7. Beratnya nangka..!
    Meriahnya ayam...
    Lebatnya buah-buahan..
    Wak,berapa umur pokok rambutan pusaka tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok rambutan pusaka tu arwah bapak wak tanam masa bukak kebun rumah ni tahun 50 an dulu. Dah beberapa kali dikerat batangnya sebab besar dan tinggi.

      Padam
  8. Lasak juga Otto tidur.
    Hehe lepas rasa hendak makan manggis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang tengah musim manggis, rambutan, pulasan dan cempedak

      Padam
  9. Seronok kalau ada kebun begini.. Rasa macam nak cari tanah pula untuk berkebun, persiapan untuk pencen nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak cari tanah sebelum pencenlah.
      Dah pencen nanti tinggal makan hasil aje.

      Padam
  10. MashaAllah Indahnya kampung halaman, besar nangka tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk kampung ni kena rajin usaha,
      baru ada hasilnya.

      Padam
  11. Biawak ke mengkarung tu? Saya kalau nampak memang pecut lari.

    Cantik duku terengganu tu.

    BalasPadam
  12. Berat betul buah nangka tu. Nesti banyak buahnya. Sedapnya limau sunkist. bagus juga ada penunggu pokok durian. terjaga pokok durian wak. Macam macam tanaman ada sekeliling rumah wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nangka tu buahnya besar dan panjang
      Ada dalam 10 biji musim ni.

      Padam
  13. Msti kebun wak luas.. mcm2 ada.. rzki berbudi pada tanah..

    BalasPadam
  14. Nasib baik tak tertukar otto dengan nangka tadi wakk hahahaha

    BalasPadam
  15. itu hari beli durian mahal. best la sapa dapat makan yang murah tu. dah rezeki mereka.

    BalasPadam
  16. Cantiknya pokok pusaka tu. Tiap dahan tunduk ke bawah.
    Buah nangka tu, alahai.. kalau depan mata, mahuku larikan bawa balik.

    BalasPadam
  17. wah nangkanya besar, penasaran dengan dalamnya bagaimana kira kira tingkat kemanisannya ^^

    duku trengganu aku baru sekali ini melihatnya...biasanya tempat kami duku Palembang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak usahakan tanaman dan ternakan sebagai sara diri dan juga sumber pendapatan

      Padam
  18. bestnya wak semua tengah mengeluarkan hasil...
    pokok rambutan pusaka depan rumah wak tu dulu kat rumah mak pun ada tanam tapi abah tebang pokoknya sebab dah makin dongkar tanahnya. Teringat buahnya sedap memang susah nak jumpa tapi mujurla rumah makcik ada rambutan yg sama...

    geram tengok pokok lokio wak tu

    BalasPadam
  19. lambakan buah2 bermusim
    sy pulasan. cempedak. blm. masak. lg

    BalasPadam
  20. Comel2 ayam mutiara tu wak..limau sunkist tu nampak begitu sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan limau sunkist tapi limau bali sunkist.
      Rasanya macam limau bali tapi saiznya kecil macam limau sunkist

      Padam
  21. fuh! manggis tu menawan sungguh wak..fav saya ni..

    BalasPadam
  22. Best ni macam2 ada. Otto tu besarnya

    BalasPadam
  23. Wow.. Ayam hutan dah x nak duduk hutann.. Hahaha... Bestnya haih tengok cempedak dan manggis kegemaran saya tuuu.. hewhewww

    BalasPadam
  24. Bestnya kebun wak macam macam ada, rinduu kampung...
    bengkung
    kurus
    scrub badan
    tips kurus

    BalasPadam