Salam bertani
Wak tengah uruskan penebangan pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah wak. Tanaman pokok getah tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun dan sudah lama tidak bertoreh. Sejak harga getah buku merundum di bawah RM2.00 sekg, wak sudah tidak menoreh lagi. Walau bagaimana pun kebun pusaka ini tetap wak jaga dan bersihkan supaya tidak menjadi sarang haiwan perosak.
Wak berhasrat untuk menggantikan pokok getah tua ini dengan tanaman pokok kelapa sawit kerana pengurusannya lebih mudah dan cepat mengeluarkan hasil. Kerja-kerja pembersihan kebun dijangka akan selesai sebelum raya dan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak , membuat jalan dan parit akan dilaksanakan selepas raya.
Sebahagian daripada pokok getah tua di kebun pusaka.
Pokok getah yang memberi makan kepada wak dan
adik beradik semasa membesar dan bersekolah dahulu.
Riwayat dan jasa pokok-pokok getah ini akan berakhir
dan akan digantikan dengan tanaman baharu.
Kayu pokok getah tua amat berharga sekarang.
Jenazah pokok getah sebelum diangkut ke dalam lori.
Kerja-kerja mencabut dan menumbangkan pokok getah
sedang dijalankan.
Kerja-kerja memunggah kayu getah ke dalam lori sedang dijalankan.
Kayu getah akan dihantar ke kilang untuk diproses.
Tunggul pokok getah pun diangkut sekali.
Pokok-pokok getah tua yang banyak berjasa kepada wak dan
adik beradik akan jadi sejarah dan kenangan sahaja.
Masing-masing ada pengalaman membersihkan kebun,
menoreh, memproses getah semasa zaman membesar dahulu.
Juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan arwah bapa
yang meneroka dan mengusahakan kebun keramat ini.
Salam bertani.
Wak.. kenapa tak tanam musang king.. 😃
BalasPadambanyak modal nak bersihkan kebun ni wak.
BalasPadamharap tanaman lepas ni hidup subur.
Pokok getah orang guna buat apa wak?
BalasPadamKemas dan mesti banyak kerja kena buat.
BalasPadamWah,bertambah kayo la Wak.Kalau kat Kedah kayu getah dijual dengan harga antara RM7k-RM10k serelung,bergantungbkualiti kayu.Lagi tua umur pokok getah & lagi besar batang getah,maka harga lagi tinggi.Nak tanam semula pun RISDA bagi bantuan.Semoga harga getah kembali gemilang macam 15 tahun dulu.
BalasPadamBiar betul bang? Saya ada 3 ekar getah tua di N9. Call saya 0172831123
Padammugo bertambah rezeki wak sekeluarga adek neradik.. aminn
BalasPadamkebungetah bersih terjaga walau hasilnya tidak dikutip..semoga tanaman sawit kelakhasilnya lumayan..sawit kak kat kebun felda asik saja dicuri la ni..maklum harganya tinggi
BalasPadamKalu jaman kecik dulu bila ada org perun kebun getah tak lama lps tu jadi pesta kutip jamur gerigit dan proses kayu getah simpan bawah rumah buat stok masak.skrg tak merasa sbb kayu getah ada harga
BalasPadamSemoga tanaman baru nanti membawa hasil yg lebih lumayan
BalasPadamTanam sawit pun untung sangat tu wak. Tinggal kenangan tanaman pokok getah ni. Kalau dekat boleh beli kayu potong buat pemotong untuk props gambar saya.
BalasPadamkalau dulu-dulu kalau tebang pokok getah akan dibakar, pastu kalau musim hujan batang getah tu akan tumbuh cendawan kukur, best mengutip cendawan tu wak oi... sekarang mesti dijual kan kayunya
BalasPadamLepas dah tebang pokok getah tua, wak tanam pokok apa pulak wak?
BalasPadamDolu2 kalau tebang pokok getah...seronoknya kalau lepas tu hujan nanti banyak cendawan terkukur tumbuh kat pokok yang terdampar di tanah. sekali petik cendawan tu macam-macam kami buat. Ala rindunya semasa dahulu.
BalasPadamAda kenangan indah yang sukar dilupakan kan wak. Nanti batang getah ni bertukar menjadi perabot.
BalasPadamSama Wak...kami pun membesar dgn duit getah sekerap. Manis sgt kenangan ikut mak menoreh. Paling best time kutip getah dan bermain-main dlm kebun. Bestlah Wak!
BalasPadampokok belakang rumah mentua sebaya dengan anak sulung saya... 13 tahun. tapi jenis pokoknya tak banyak getah.
BalasPadamPenat tu, wak. Tebang pokok getah.
BalasPadamSaya pernah beli perabot yang dibuat dari batang pokok getah.
Bersihnya kebun getah WP tapi dah tinggal kenangan ya.
BalasPadamWah! lumayan tu hasil jual kayu getah nih!
wahhh.. bestnya wak ada kebun getah sendiri.. boleh ganti pokok durian pula nie..
BalasPadamluasnya kebun wak.. masyuk jugak tu jual btg pokok getah tu kn wak??
BalasPadamSaya ada kebun getah tua. Ingat nak buat penanaman semula. Ada tak no.org yg nk membelinya
PadamKebun getah kenangan...
BalasPadamMoga maju jaya wak dengan kebun sawit pulak lepas ni.
Boleh jadi perabot ni...
BalasPadamKayu getah dijadikan perabut..mahal harganya
BalasPadamKebun Getah Wak dalam Kenangan.
BalasPadamKebun sawit plak ye..
Kami plan nak tanam semula sawit kat tanah kampung.
Tapi entah bila xtahu la..
Semoga sihat selalu wak..
Kebun getah dalam kenangan Wak. Nostalgia sungguh! Moga tanaman kelapa sawit lebih lumayan hasilnya.
BalasPadamAlahai...kebun arwah atuk pun ada dah org tanya nak beli kayu getah tapi harga murah sgt,SA x bagi adik beradik mak jual..macam nak amik kesempatan je...
BalasPadam0182104830 pembeli kayu gth
PadamArea mana nih
PadamWalaupun dh tua. Kayu pokok getah boleh dibuat perabut
BalasPadamBerjaya pokok getak sampai ke tunggulnya pun Ada kegunaannya
BalasPadamassalam, brapa kos untuk menebang pokok getah?tidak termasuk tunggul..
BalasPadam0133525263 dd
tQ
assalam, brapa kos untuk menebang pokok getah?tidak termasuk tunggul..
BalasPadam0133525263 dd
tQ
Tiada kos
PadamKita boleh dapat dalam RM5K seekar
Kebun bersih siap bakar
area mana tn rm5k seekar?
PadamSaya nak bersihkan tanah terbiar dng pokok getah dalam seekar. Hubungi 0192100900
BalasPadamKebun getah dah lama terbiar
BalasPadamBole tlg dptkan phone no utk pembersihan & tebang pokok2 getah
Hubungi manja 0193137178
Saya Ada getah Tua 25 tahun .
BalasPadamTgh mencari kontraktor.
SILA HUBUNGI SAYA 0139651943 Naja.
Pembeli pokok getah dan bersih kawasan 0182104830
PadamPembeli kayu getah 01121019147
BalasPadamSy mencari pembeli kayu getah. Pokok dh 32 thn tanah 2 ekar area nyalas, jasin melaka. Pembeli blh pm sy 0196921232
BalasPadamSaya ada pokok getah 3.4 ekar untuk ditebang n dibersihkan... Pembeli blh pm saya 0194002351
BalasPadamboleh pm saya. Saya ada 3 ekar pokok getah tua untuk ditebang dan dijual. 012-6815870. Lokasi Slim river perak.
BalasPadamSaya nak tanya kalau pihak pembeli urus semua urusan tebang,dia bayar kita kira lori berapa harga selori getah..lori 3 tan,getah dlm 1 ekar
BalasPadamBerapa sebtang pokok getah tua tk
BalasPadamSaya ada pokok getah tua 30 tahun, 6 ekar, area Laloh , Kuala Krai contact saya Mat Ju 017 9108829
BalasPadamAssalamualaikum, saya ada pokok getah area bahau, n.9... nak jual . 0127700943
BalasPadamSaya ada Pokok getah tua area Selama Perak hendak jual..info call 0199871562
BalasPadam