Salam bertani.
Wak dah selesai membaja pokok-pokok durian yang sedang berbuah muda di dusun WP. Wak gunakan dua jenis baja iaitu baja sebatian Nova Tec Premium dan baja soluble Nova SOP. Pokok durian yang sedang berputik sesuai diberikan baja tambahan apabila buahnya sebesar bola tenis atau pun setelah putik buah tidak lagi gugur (rontok). Selepas ini wak akan memberikan baja kepada pokok rambutan, pulasan, manggis dan cempedak pula.
Baja sebatian untuk buah kerana kandungan K yang tinggi (20%).
Dapat membantu pembentukan fizikal dan pembesaran buah.
Berbentuk butiran yang boleh ditabur terus di sekeliling pokok.
Baja SOP (Sulphate of Potash)
Mengandungi 41.5% K dan 17.2% S
Berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan hasil buah,
meningkatkan nilai, rasa, bau dan fizikal buah,
memberikan ketebalan kepada isi buah dan biji yang kecil.
Berbentuk serbuk yang boleh ditabur terus ke pangkal pokok
atau dilarutkan di dalam air untuk penyiraman/semburan.
Wak taburkan baja2 tersebut di perdu pokok durian
selepas rumput di sekeliling pokok durian dipotong.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil putik durian
di dusun WP yang wak rakam pada pagi ini.
Salam bertani.
Geramnya tengok durian
BalasPadamMeriahnyaaaa buah duriannn atas sana wakkkkk!
BalasPadamYa Allah... banyaknya durian, lebat buahnya... Sy dh berapa thn xmkn durian... Thn2 sblum ni nak beli xde rezeki... Thn ni mengandung lak tak tahu leh mkn ke tak... mampu tgk je wak... durian apa tu wak? sy blm pernah mkn D24 ke durian musang king ke...
BalasPadamLebatnya buah durian WP, buat lempuk boleh tahan lama..
BalasPadamAlhamdulillah. Menjadi nampaknya buah durian. Rezeki dari Allah SWT.
BalasPadamSemoga untungnya lumayan nanti....
BalasPadamWahhhh.. dah meriah betul ni wak. Harapnya seiring dgn gugurnya durian, masa tu jugak pandemik ini akan beransur pergi 😍
BalasPadamingatkan pokok durian yg berbuah xboleh dibaja takut buahnya cpt gugur..salah info ni
BalasPadamBoleh dibaja semasa buah masih putik untuk meningkatkan kualiti buah
PadamBestnya tgk pokok durian yg tengah lebat membuah... Rindunya bak blk kampunggg.. ARgghhh
BalasPadamSeronoknya wak...lebat buahnya..terbayang bila gugur nanti
BalasPadamSelamat bertani, wak. Geram tengok buah-buah durian kat pokok tu.
BalasPadambanyak nya buahhhh. sedapnya durian.
BalasPadamSuka tengok bila nampak hasilnya. Gembira yang tak terluah dengan kata-kata.
BalasPadamWah1 lebatnya WP.
BalasPadamSemoga mendaat tuaian yang lumayan
typo* mendapat
PadamBanyaknya buah..seronok tengok
BalasPadamWak pernah guna DOLOMITE..?
BalasPadamAda juga.
PadamDolomite sesuai digunakan sebagai bahan asas penanaman durian. Iaitu ditaburkan di dalam lubang penanaman sebelum anak benih ditanam. Ia berfungsi untuk membetulkan keasidan tanah.
buah kuini ada lagi
BalasPadamBuah kuini dah penghujung musim.
PadamKuini merupakan buahan yang mula2 sekali matang berbanding buah2an lain.
Banyakkk buah
BalasPadamHusih buah durian tu hukhuk :)
BalasPadamMeriahnya buah kayangan beerduri wak tu... bestnya tgu jatuh terus mkn
BalasPadamWow banyaknya berbuah...
BalasPadamPokok durian saya entah bila nak besar.
Beli masa pkp 1.0 sekarang dah pkp 3.0 pun tang tu juga besar dia.. ada idea x nak buat macam mana bagi cepat besar? huhu
Cuba guna baja foliar.
PadamSembur 10 hari sekali mengikut sukatan pada daun, batang dan pangkal anak pokok.
terima kasih hehe dah tengok kat Shopee. Harap menjadi lah baja Foliar tu
PadamFuh lebat sgt wak buahnya
BalasPadamlebat buahnya wak... sihat-sihat nampaknya. moga dapat menikmati hssil yang diimpikan
BalasPadamYa Allah
BalasPadamsedapnya durian
buah favorite gila nih
pos lah sini 3-4 biji
hehhe
Geram nya tengok buah durian tu semua..bestnya kalau ada pkok sendiri
BalasPadammeriahnyaaa duriannn.sedap tuuu
BalasPadamrindu nk makan durian ni ^_^
BalasPadamWak punya ni sebulan lagi baru ada musim
PadamMantappp.. pokok doyan!!! Puas hati woo
BalasPadamWah meriahnya durian kat atas tuuuu!!!!
BalasPadamBanyak buahnya tu wak. Lumayan hasilnya lepas membaja nanti.
BalasPadamPadu buah durian.
BalasPadam