Salam bertani
Wak baru cuba memelihara ayam mutiara sebanyak sepuluh ekor sejak dua bulan yang lepas. Wak bela daripada anak yang baru menetas, sehingga kini tinggal sembilan ekor yang hidup membesar.
Ayam mutiara juga dipanggil ayam api-api, biasanya dibela sebagai hobi kerana fizikalnya yang unik. Ia dikenali sebagai penjaga kebun kerana gemar memakan rumput dan serangga perosak tanaman.
Daging ayam mutiara sangat berkhasiat kerana kurang kalesterol dan rendah kandungan lemak berbanding daging ayam komersial. Ayam mutiara betina akan mula bertelur apabila mencapai umur setahun dan mampu bertelur sehingga 30 biji setiap pusingan. Telur ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari pengeraman.
Wak nak tunjukkan gambar-gambar anak ayam mutiara yang wak pelihara.
Salam bertani.
Baru tahu ni ada jenis ayam nama ayam mutiara.
BalasPadamAda ya WP rumput Israel hehehee...
Ye rumput srael ada.
PadamSifatnya pun macam israel
Rasanya ayah mertua saya pun ada bela ayam ni
BalasPadamKalau ada tanah, teringin juga nak pelihara ayam.
BalasPadamayam mutiara comel rupa bentuknya
BalasPadamBapa saya bela juga ayam mutiara ni.. Ayam ni suka melompat naik ke bumbung dan membuat bising ��
BalasPadamBesar kan ayam ni wak... ohhh orang bela ayam ni sebab dia bantu jaga kebun... bgus ni
BalasPadamMacam saiz ayam kampung aje.
PadamMacam angsa juga, bunyinya menakutkan musuh.
Sekali pandang anak ayam mutiara ni rupa burung pulak ye Wak.
BalasPadamAyam mutiara ni boleh dimakan ke Wak?
BalasPadamBoleh, banyak khasiatnya.
Padambaru tau pasal ayam mutiara..hehe
BalasPadamKat kampung saya ayam ni dipanggil "Ayam Burung".Isi dia gelap tapi sedap macam isi burung.Tapi bisingnya ya ampun...ketoit..ketoit... bunyinya...hihihihi
BalasPadamYang wak bela ni baru belajar menyalak.
PadamBising juga bunyinya.
Baru tahu pasal ayam mutiara nii, ingatkan macam ayam biasa biasa tu jugakkkkk hehehe
BalasPadamPertama kali dengar nama ayam mutiara @api api ni. comel pulak rupanya. Lebih berkhasiat ye wak. Harganya mesti lagi mahal.
BalasPadamOoo, pandai ayam api-api ni yek, dia tolong jaga kebun. Nanti bila dia dah besar, wak share ye, rupa dia camana. Saya rasa, macam dah lama sangat tak tengok ayam api-api. Sejak kecik kot.
BalasPadamHarga macam mutiara tak?
BalasPadamMahal juga harganya uncle
Padam2-in-1 lah Wak, boleh dimakan dan bantu jaga kebun 👍
BalasPadamSedap eh wak daging dia..tapi bagus lah sebab ia bantu jaga kebun jugak
BalasPadamtkpernh dgr ayam mutiara
BalasPadamwahh ayam pon maakan rumput israel yg ganas tu erk wak ? ;p
BalasPadamRumput israel ni buat tumisan pun sedap kangji
PadamAnk ayam ni seekor berapa harga wak..
BalasPadamYang baru menetas dalam RM10- RM15.00 seekor
PadamBaru tau ada ayam jenis macam nie..
BalasPadamSedap ke wak isinya ayam ini..
BalasPadamAyam rupanya mama ingatkan butung putih.. ampun
BalasPadamPertama kali dengar rumput israel dan ayam mutiara.
BalasPadamSeronoknya Wak kalau antara aktiviti saya dipenuhi dengan aktiviti sebegini. Teruskan berkarya Wak di blog
BalasPadamSalam wak, tumpang tanya, mana nak beli anak ayam mutiara ni?
BalasPadamWkmsalam
Padamcer tanya mr google
Wak ada jual telur ayam mutiara tak?
BalasPadamMaaf
PadamSetakat ni tak jual lagi