Sabtu, 20 Mac 2021

Sembelih Ayam Gajah

 Salam bertani

Hujung minggu ini adik beradik wak yang Johorean pulang ke kampung selepas lama tidak boleh merentas daerah. Mereka  berkumpul di rumah emak wak yang terletak bersebelahan dengan rumah wak. Wak sembelihkan beberapa ekor ayam kampung untuk juadah mereka.


Wak sembelih lima ekor ayam jantan.
2 ekor ayam gajah
3 ekor ayam kampung kacuk.


Seekor ayam gajah jantan beratnya mencapai 5 kg.
Usianya lebih kurang 4 bulan.


Wak punya 2 ekor
3 ekor lagi mereka uruskan.


Paha ayam gajah.
Besar macam peha gajah.


Siap proses 2 ekor.
Tugas seterusnya wak serahkan kepada pn is3.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. buat rendang cicah ketupat ni, terus lagu raya berkumandang ni wak... hihi

    BalasPadam
  2. Macam kenduri ayam pula. Alhamdulillah mereka dapat pulang jenguk mak di kampung.

    BalasPadam
  3. Seronoknya dapat berkumpul adik beradik.Celur ayam & cabut bulu ayam ramai-ramai sambil bercerita zaman kanak-kanak.Pastinya penuh gelak ketawa.Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yg baik,dimudahkan urusan & dirahmati Allah swt

    BalasPadam
  4. mak aiii...beratnya... nak cari jugak lah anak ayam gajah ni...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik, boleh bayangkan kemeriahannya bila semua hidnagan dah tersedia

    BalasPadam
  6. kalau time sembelih ni tak penah nak tgk huhu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. masak apa wak. Wow.

    BalasPadam
  8. Ayam gajah jantan tu sihat betul ye Wak. Baru 4 bulan dah seberat 5kg.

    BalasPadam
  9. wah berkenduri anak beranak....besar berat ayam gajah ni

    BalasPadam
  10. wak, seronoknya wak bila dapat makan sama sama ramai ramai dgn family kan. semoga bertambah rezeki wak ni. ayam tu berat juga ya wak.

    BalasPadam
  11. first time ni dengar 'ayam gajah'

    BalasPadam
  12. sampai 2 ekor dikerjakan..hehee nak masak apa tu wak?

    BalasPadam
  13. rindu nya nak makan ayam kampung...
    dulu2 waktu zaman kecil, arwah atok suka betul dengar bila kitrg nk balik kg.... dia akan sesiap sembelih beberapa ekor n uwan siap masak rendang ayam.. perghh... rindu nya zaman itu

    BalasPadam
  14. Alaaaaa mana gambau lauknye wak..hehe

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..seronok family berkumpul ramai ramai ni masak sedap sedap.

    BalasPadam
  16. Wah! meriahlah rumah WP.
    Kenapa ada durian sebiji tu saja buat backdrop gambar ke hahahhaa

    BalasPadam
  17. sedap nya. suka masak sup halia je.

    BalasPadam
  18. Teringin nak pelihara ayam kampung kacuk.. Tapi tanah takde..

    BalasPadam