Salam bertani
Pada hari ini wak mula memberikan baja penggalak bunga kepada pokok durian dewasa setelah selesai memotong rumput di dusun. Baja penggalak bunga biasanya dipanggil baja biru ditaburkan di sekeliling pangkal pokok durian dewasa sebelum pokok durian berbunga. Pokok durian akan berbunga pada musim panas setelah musim hujan berakhir. Dijangka pada bulan Februari pokok-pokok buahan bermusim akan mula berbunga.
Pokok buah-buahan lain seperti pulasan, rambutan, cempedak, manggis dan duku juga akan diberikan baja bunga selepas ini.
Wak gunakan 2 beg baja sebatian cap jambatan
1 beg 50 kg berharga RM120.00
Baja penggalak bunga dengan nisbah kandungan 12:12:17
Maksudnya baja ini mengandungi:
12 % Nitrogen
12 % Phospit
17% Kalium
Ini adalah baja impot berkualiti keluaran negara Jerman
Baja berbutir yang boleh ditaburkan terus
di sekeliling pokok
1 baldi untuk 2 pokok dewasa
Pokok durian D2 ini selesai dibaja.
Pokok durian dibaja setelah selesai
kerja2 memotong rumput.
Pokok durian tembaga ini tidak dibaja kerana
sedang berputik (luar musim).
Akan diberikan baja buah apabila putiknya
sebesar telur ayam.
Tak sabar tunggu cerita durian berbuah
BalasPadamOo..tak pernah tahu pun ia kena diberi baja untuk berbunga dan berbuah
BalasPadamtersusun saja kerja petani pro
BalasPadamBest nya wak ada dusun durian.
BalasPadamLuas dusun durian wak ye.
BalasPadamSemoga subur lah tanaman durian wak. Baja berkualiti Jerman tu. Banyak gak pengunaan untuk 1 pokok setengah baldi baja. Harga pun boleh tahan mahal.
BalasPadamSemoga usaha wak membuahkan hasil lumayan.. bestnya kenduri durian di dusun sendiri nnt
BalasPadamDurian tempat saya ni dah pun berputik .Tak tau lah lekat nya banyak mana nanti sebab banyak juga putik2 yang gugur.Kalau ada rezeki insyaAllah ada lah rezeki makan durian sendiri.
BalasPadamTerbaik 👍
BalasPadamBaja penggalak bunga ni, saya pernah letak kat pokok durian belanda. Memang berbunga. Tapi bunga tak jadi buah. Banyak luruh. Kenapa ye, wak?
BalasPadamselamat membaja pokok durian ye wak
BalasPadamterima kasih sudi kongsi ilmu WP =)
BalasPadamNanti dah berbuah, panggil Saya datang Wak, hahaha nak juga merasa durian runtuh hehehe
BalasPadamBersih kebun pakcik WP..
BalasPadamBila buah durian jatuh nanti tak perlu selak semak..
Semoga semua tanaman pakcik membuahkan hasil lumayan..
bersihnya kebun
BalasPadamBersihnya kebun durian Wak. Bila tak ada rumput tambah suburlah pokok durian.
BalasPadamPatutlah semua pokok wak gemuk2 dpt kasih sayang yg cukuo
BalasPadamTak sabar nak tgk hasilnya nanti wak..
BalasPadamWahhh selamat membaja ye wak!! Tak sabar nak tengok hasilnya!
BalasPadamBersihnya ladang wak..
BalasPadamSelamat membaja wak.. semoga pokoknya terus subur mengeluarkan hasil..
Masa buah tgh berputik blh bajakah wake.
BalasPadam