Ahad, 31 Januari 2021

MB 154 : Welcome February

 Salam bertani

February Song


Salam bertani.

Bulan Dan Lampu Jalan

 Salam bertani

Malam ini kira-kira pukul 11 malam,semasa nak menutup pintu pagar wak terpandang bulan mengambang penuh. Malam 18 Jamadilakhir 1442H. Wak ambil hp cap ayam wak dan menjepret bulan dan lampu jalan di hadapan rumah. Inilah hasilnya.


Bulan dan lampu jalan


Bulan 18 JAK 1442H


Lampu jalan


Bulan tidak dipagari bintang


Lampu jalan di hadapan rumah.

Salam bertani


Jumaat, 29 Januari 2021

Membalut Putik Nangka

 Salam bertani

Wak dah selesai membalut putik nangka menggunakan bekas karung makanan ayam. Ada nangka madu J33, nangka mantin dan nangka siam. Kali ini pokok-pokok nangka berputik serentak. Sebelum dibalut putik nangka perlu dibuat penjarangan dan tinggalkan lebih kurang 10 biji sahaja untuk pembesaran.

Tuaian nangka akan datang tidak serentak dengan buah-buahan bermusim lain seperti durian dan rambutan. Pokok buah-buahan bermusim belum lagi berbunga kecuali beberapa pokok durian yang berbuah di luar musim.


Siap balut (tertinggal sebiji lagi)


Putik nangka selepas dibuat penjarangan.
Tinggalkan sebiji sahaja setangkai.
Perlu dibalut untuk mengelakkan serangan lalat buah.


Pokok kecil pun dah berbuah


Putik yang masih kecil tidak boleh dibalut
sehingga selesai pendebungaan.


Nangka madu J33


Nangka siam rajin berbuah


Juga J33.

Salam bertani.

Rabu, 27 Januari 2021

Isnin, 25 Januari 2021

Ahad, 24 Januari 2021

Membaja Pokok Durian Dewasa

 Salam bertani


Pada hari ini wak mula memberikan baja penggalak bunga kepada pokok durian dewasa setelah selesai memotong rumput di dusun. Baja penggalak bunga biasanya dipanggil baja biru ditaburkan di sekeliling pangkal pokok durian dewasa sebelum pokok durian berbunga. Pokok durian akan berbunga pada musim panas setelah musim hujan berakhir. Dijangka pada bulan Februari pokok-pokok buahan bermusim akan mula berbunga.

Pokok buah-buahan lain seperti pulasan, rambutan, cempedak, manggis dan duku juga akan diberikan baja bunga selepas ini.


Wak gunakan 2 beg baja sebatian cap jambatan
1 beg 50 kg berharga RM120.00


Baja penggalak bunga dengan nisbah kandungan 12:12:17
    Maksudnya baja ini mengandungi:
12 % Nitrogen
12 % Phospit
17% Kalium


Ini adalah baja impot berkualiti keluaran negara Jerman


Baja berbutir yang boleh ditaburkan terus
 di sekeliling pokok


1 baldi untuk 2 pokok dewasa


Pokok durian D2 ini selesai dibaja.


Pokok durian dibaja setelah selesai
 kerja2 memotong rumput.


Pokok durian tembaga ini tidak dibaja kerana
sedang berputik (luar musim).
Akan diberikan baja buah apabila putiknya
sebesar telur ayam.

Salam bertani.


Sabtu, 23 Januari 2021

Tanam Kacang Panjang Dalam Polibeg

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok kacang panjang di dalam polibeg untuk kegunaan sendiri. Mediumnya wak gunakan kokopet dicampurkan dengan tanah organik. Alhamdulillah, dah berhasil. Nak masak kacang panjang atau buat nasi goreng, tuai aje di depan pintu dapur.



Pokok kacang panjang sudah mula berbuah


Buah yang berjuraian hampir mencecah tanah


Nak masak terus tuai aje


Sepenuaian hasil2 tanaman.


Salam bertani.


Khamis, 21 Januari 2021

Joe Biden

 Salam bertani

Wak bukan nak cerita tentang Joe Biden yang dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat  ke 46 pada hari ini. Sebenarnya wak nak beritahu ternakan wak tepi sungai bertambah seekor lagi pada hari ini. Si Sue melahirkan anak sulung jantan petang tadi. Ambil sempena tarikh perlantikan Presiden Amerika Syarikat, wak daftarkan nama anak Sue sebagai si Bidin. Panggilan jawanya Din sudah.


si Bidin lahir pada hari ini
Baru belajar berdiri.


Sejurus selepas dilahirkan


si Sue bersama anak sulungnya


Wajah hensem si Bidin


"Mana susu, dah haus ni"
Semoga sihat dan cepat membesar.

Salam bertani.




Rabu, 20 Januari 2021

Kisah Buah Kuini

 Salam bertani


Berbunga sebanyak ni


Sebiji ni yang jadi


dan ni sebiji lagi


Hari ni gugur sebiji


Elok kejadiannya.

Salam bertani.

WW 203 : Air Dah Penuh

 Salam bertani


20.01.2021


10.12.2020

Salam bertani.

Isnin, 18 Januari 2021

MB 152 : Menu Tengah Hari Isnin

 Salam bertani


Inilah menu makan tengah hari wak hari ini


Ikan terubuk bakar balut daun kunyit
Bakar gunakan kuali ajaib.


Jantung pisang benggala rebus.

Salam bertani.

Ahad, 17 Januari 2021

Siti Melahirkan Anak Kedua

 Salam bertani

Minggu ini cucu wak di tepi sungai bertambah seekor lagi apabila Siti melahirkan anaknya. Anak Siti yang kedua ini betina. Bolehlah berkawan dengan anak si Tompok yang lahir pada hari pertama tahun ini. Jarak umur mereka 15 hari sahaja.


Si Siti melahirkan anak betina beberapa hari yang lepas.


Siti dan anaknya


Anak Siti sudah diberikan rantai leher


Semoga sihat dan cepat membesar 


Siti sebelum melahrkan anak.
Tanduk Siti panjang macam tanduk kerbau.

Salam bertani.

Jumaat, 15 Januari 2021

Rumput Subur Menghijau

 Salam bertani

Semenjak musim hujan ini, rumput rampai di dusun wak bertambah subur menghijau. Apatah lagi, selepas dipotong beberapa bulan yang lalu, wak telah menaburkan baja hijau untuk tanaman durian di dusun tersebut. Nampanya sepanjang minggu ini wak terpaksa bekerja memotong rumput sekali lagi sebelum memberikan baja biru kepada tanaman-tanaman dewasa. Baja biru adalah baja untuk menggalakan pembentukan bunga kerana pokok-pokok buah-buahan akan mula berbunga apabila tiba musim panas nanti.


Rumpai perlu dipotong sebelum membaja tanaman


Hamparan rumpai yang menghijau


Rumpai di sekeliling anak pokok durian duri hitam


Rumput israel mendominasi kawasan


Rumput kerbau pun subur


Rumpai di sekeliling pokok manggis


Lorong laluan wak di dusun sudah tak kelihatan


Rumpai di persekitaran pokok rambutan
 anak sekolah sudah meninggi.


Perlu masa seminggu untuk membersihkan
 rumpai di dusun.

Salam bertani.