Selasa, 29 Disember 2020

Alat Kupas Sabut Kelapa

 Salam bertani.

Hari ini ada tempahan buah kelapa daripada peniaga nasi kerabu. Jadi pagi-pagi wak dah mengait kelapa dan mengupas sabutnya. Wak gunakan alat pengupas kelapa sekejap aje dah siap. Petangnya wak hantar kelapa ke rumah peniaga nasi kerabu tersebut.


Alat pengupas sabut kelapa.



Mengupas sabut kelapa dengan mudah


Keadaan sabut kelapa selepas dikupas.


Siap 20 biji


30 biji lagi kupas bersih.
Wak jual RM1.50 sebiji.

Salam bertani.


16 ulasan:

  1. Dekat kampung ada satu, pernah tengok yang jenis macam playar tapi saiz besar dan tajam tu

    BalasPadam
  2. hati2 mengupas kelpa dgn cop takut tercucuk perut

    BalasPadam
  3. Kalau macam ni tempat saya dipanggil"cop".. Tapi mak saya beli yang jenis macam playar tu matanya di bawah sebab orang pompuan mudah nak guna.. Cop tu seriaušŸ˜

    BalasPadam
  4. Masa kecik2 dulu, kalau balik kampung selalu tengok alat ni. Mak dan akak saya pandai guna, sy tukang tengok jer. Tapi, alat kupas kelapa mak mertua saya lagi canggih, dia macam pengapit, terus terkupas kulit kelapa tu bila kapit tu dibuka tutup.

    BalasPadam
  5. dkt kampung pernah tgk alat kupas sabut kelapa ni

    BalasPadam
  6. dulu kecik2 bila balik kampung ja.. excited nak tlg kupas kelapa hehehe

    BalasPadam
  7. Gambar tertama tu ingatkan batu nesan! huhuhu

    BalasPadam
  8. teringat dulu2 pengupas kelapa kat kampong.,

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. ada altanya senang sikitla keje nya kan.. =)

    BalasPadam
  10. Kalau buah basah, kulit kelapa jadi licin. Pernah tertusuk tangan sebab licin.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, rejeki hasil bertani. Wak, saya pernah tengok satu drama melayu ni, dia bergaduh tolak-tolak, tertolak atas alat pengupas kelapa tu, ninggal terus. Seram pula tengok. Hati-hati ye wak.

    BalasPadam
  12. Masa kat kg dulu pernah guna, maklumlah anak petani..

    BalasPadam
  13. sabut tu boleh dibuat bahan bakar untuk kuih akok.. kalau bakar ptg2 plak buleh halau nyamuk.

    BalasPadam
  14. Kat kampung saya pun ada tapi tak berani nak guna. Kalau dah biasa laju je mengupas kelapa tu. kita juga terhegeh hegeh guna parang.

    BalasPadam
  15. tgk sekali mcm ngeri alat ni, tajam tu buat saya terfikir yang bukan-bukan.. tapi kalau fikirkan ikhtiar hidup org dahulu, rasa banyak jasa benda ni.... dapat masak makanan sedap bila dapat bersikan kelapa dengan alat ni...

    BalasPadam