Sabtu, 29 Ogos 2020

Bubur Asyura'

 Salam bertani

Pada hari ini sempena 10 Muharram, kariah lelaki surau di kejiranan wak bergotong royong memasak bubur asyura'. Gotong royong memasak bubur asyura' dimulakan sebelum solat zuhur dan selesai selepas waktu asar.  Bubur asyura diagihkan kepada semua kariah surau sebelum waktu maghrib untuk hidangan berbuka puasa.

Pada sebelah malamnya diadakan tazkirah dan zikir hari asyura' selepas waktu maghrib dan jamuan bubur asyura' selepas solat isyak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.


Memasak bubur  asyura'


Untuk diagihkan kepada semua kariah surau.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. kalau ke kampung suami..selalu ada buat gotong royong mcm ni..rindu pulak suasana mcm ni :)

    BalasPadam
  2. Suka bubur asyura. Saya dapat banyak semalam.

    BalasPadam
  3. sedapnya bubur asyura setahun sekali insyaaAllah dapat merasanya

    BalasPadam
  4. Sedapnya...suka sbb byk kacang2..

    BalasPadam
  5. saya suka bubur asyura sytle johor, banyak letak ulam pucuk2 ulam.

    BalasPadam
  6. Menarik tradisinya. Semoga kita semua diberikan keberkahan hidup. Sukses selalu

    BalasPadam
  7. Fuh..sedapnya wak!
    Lama dah tak merasa aktiviti gini.

    BalasPadam
  8. Sedapnya bubur Asyura. Teringin pulak nak makan bubur asyura ni.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah semoga ukhwah/ tradisi kampung WP berterusan begitu. Tumpang happy pulak baca.

    BalasPadam
  10. rindunya bubur asyura..da lama tak makan..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah.. semoga silaturrahim diberkati. aamiin..

    BalasPadam
  12. But asyura versi Johor sedap ni wak.. alahai POS la satu

    BalasPadam