Wak menanam pokok pinang merah ini kira-kira 20 tahun yang lalu di tebing kolam ikan yag terdapat di dusun. Hari ini kolam ternakan ikan tersebut sudah tidak berfungsi kerana sudah cetek dan kurang sumber air. Pokok pinang merah sebanyak 27 perdu ini juga telah terlalu besar dan tidak terjaga.
Wak mengambil keputusan untuk menebang sahaja pokok-pokok pinang merah ini supaya kawasan ini menjadi lapang dan memberi ruang kepada tanaman lain untuk membesar. Sepanjang dua pagian wak bekerja memotong pokok-pokok palma ini menggunakan parang panjang sehingga selesai.
27 pokok pinang merah ditanam sebaris di tebing kolam ikan.
Perdu pinang merah ditebang satu persatu.
Wak gunakan parang panjang untuk memotong
batang pokok pinang merah tersebut.
Tunggul perdu pinang merah yang telah dipotong.
Tinggalkan seperdu untuk kenangan.
Kelihatan anak durian duri hitam di hujung sana.
Kerja-kerja pemotongan selesai selepas dua hari
Kelihatan pokok pulasan dan nangka di hujung.
Kawasan yang lapang dapat beri laluan
kepada tanaman lain untuk membesar.
Salam bertani,
palma merah ni mahal harganya kat neseri
BalasPadamHebat usaha tuan, moga terus diberkati
BalasPadamkena tebang agar terang sikit kebunnya..
BalasPadambila naik merimbun macam ni yg penat nak jaga..hehe
BalasPadamMungkin banyak manfaat bila di tebang tanam tanaman baru ..berkat usaha yang gigit..moga di limpahkan rezeki
BalasPadamSebenarnya mudah membiak juga pinang merah ni.Mudah hidup pun ya juga.Cuma kena rajin kemas pelepahnya tu.
BalasPadamdulu masa saya kecil, pokok palma merah ni memang sangat terkenal untuk di tanam... kadang ramai apek tokey nursery datang mencari pokok palma merah untuk dibeli dan dijual semula dengan harga mahal di nursery mereka hehehe
BalasPadamNama lain nya Pinang Raja kah?
BalasPadamTinggalkan juga untuk kenangan ya wak, sweet pulak
BalasPadambaca perdu perdu, teringat pulak blogger perdu cinta..haha..dia da komen kat atas tu..
BalasPadamKekadang dah rasa malas nak kutip pelepah-pelepah tua pokok ni yang dah jatuh, buat nak jadi bahan tolong bara api naik masa bakar di kebun belakang.
BalasPadamJenuh juga nak bersihkan nie ya Wak.. kuat betui Wak, harap ada yang menolong..
BalasPadamohh pokok palma pinang merah namanya. pokok hiasan je lah ni kan. bolehlah tanam pokok lain pulak lepas ni
BalasPadamWah.. sihat dan berpeluh je wak bila berkebun ini.. Seronok tengok wak update aktiviti di kebun ini..
BalasPadamNumpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*