Sempena Nisfu Sa'ban semalam, wak menanam sepohon anak durian nok kracip. Durian nok kracip adalah varieti durian Siam yang sesuai ditanam di negara kita. Di dusun wak, ada juga dua pokok durian monthong, dua pokok durian puang manie dan dan dua pokok durian tangkai panjang (kesemuanya klon durian siam). Harap-harap hidup subur dan cepat mendapat hasilnya.
Anak benih durian nok kracip di dalam polibeg.
Harganya RM60.00
Anak benih dimasukkan ke dalam lubang penanaman
selepas polibeg dibuka.
Siap ditanam.
Sepohon anak pokok durian nok kracip yang lain.
Telah ditanam beberapa bulan yang lepas.
Gambar imej buah durian nok kracip hasil carian google.
Salam bertani.
comel je rupa durian tu yeaa...harap berhasillah tanaman ini… nanti boleh makan...durian mahal..
BalasPadamHarap2 begitulah
Padamapa warna isi durian ni?
BalasPadamKalau tenguk contoh gambar google tu kuning
Padamuish... dok rajin dengar durian nok kracip ni... satu pengetahuan baru... tanam sepohon jer ke wak?
BalasPadamDurian nik kracip ni wak tanam dua pokok aje.
PadamKebanyakannya wak tanam pokok durian tempatan seperti duri hitam, musang king, ioi, udang merah, D13,D17 dan durian kampung.
Rajin wak. Nampak gemok2 isinya buat terliur pulak haha
BalasPadamWak cuma try taman durian siam ni beberapa pokok aje.
PadamOh, durian isi kuning sedap..tapi feveret saya durian kampung je. Sebab isi kecik dan banyak..haha
BalasPadamDurian kampung pun ada yang sedap dan berkualiti
PadamIsinya kuning dan nampak sedap. Okay nanti dah ade hasil boleh roger LeYa ye.. Hehe..
BalasPadamLima enam tahun lagilah agaknya
PadamWoi..peminat durian mesti tak sabar nak rasa isi durian ni..menarik sangat colurnya..
BalasPadamkena pegi siamlah cari buah ni
PadamTebal isinya tak...
BalasPadamKalau tenguk gambar, isinya tebal sebab bijinya kesep
Padamwah bertambah variety durian yg ditanam moga tumbuh subur n cpt berbuah
BalasPadamtanam sepokok dua buat ada2.
PadamBanyaknya pokok durian tempatan aje.
Duren kracip wak...orak pernah krungu
BalasPadamVarieti duren seko Siam kie kang
PadamPertama kali dengar.Moga tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang sebaik-baiknya.Aamiin.
BalasPadamBuahnya mungkin belum ada/banyak di pasaran kita.
PadamWow...satu ulas setiap pangsa...macam menarik je ni ..
BalasPadamOrang panggil kucing tidur.
PadamIsinya cantik wak. Tapi saya tak makan durian. Kalau jadi pengat baru makan. sebab pening bau durian. sejenis pelik. hehehe
BalasPadamWak pun tak minat makan durian
PadamMinat tanam aje
eh eh comelnya durian nok kracip tu ya...seulas2 setiap pangsa..macam kucing tido pulak tapi tak berapa kucing bentuk dia...
BalasPadamSeulas sepangsa tu kira kucing tidurlah.
PadamKucing siam ni.
Ambil masa berapa tahun Wak untuk buah yang pertama?
BalasPadamCantik isinya, penuh ruang pangsa.
Kalau tumbuh subur dalam 5 tahun lebih kurang.
PadamAlahai...teringinnya nk mkn..dh lama tak merasa..
BalasPadamBelum musim durian lagi.
PadamLepas raya nanti baru musimnya.
Tanaman baru..moga subur
BalasPadamWak bela dengan penuh kasih sayang.
PadamMudah2an hidup subur.
Aisehh gambar last tu buat mama teln aiu loud uwaaa
BalasPadamCikbunga lihat hijau👆👆
BalasPadamUish..tgok gambar durian tu terus terliur..harap2 hidup subur durian jenis ni
BalasPadamWah.. terliur pula tengok ulas durian tu..
BalasPadamWak mana hdk dpt benih pokok Durian tu
BalasPadamAda jual online (LAZADA/SHOPIE)
BalasPadamNerseri pertanian tertentu pun ada jual
Wak beli kat Maiza Nerseri Parit Raja.
Boleh buka fb dia 'Maiza Nerseri'