Sabtu, 12 Oktober 2019

Limau Bali Sunkist

Salam bertani

Pokok limau bali sunkist ini sudah berumur dua tahun dan sudah beberapa kali berbuah. Ia dibiakkan melalui kaedah tut (markot) menyebabkan cepat berbuah berbanding yang ditanam melalui biji benih.

Pokok limau bali sunkist boleh juga ditanam di dalam pasu besar dan rajin berbuah. Ia akan mengeluarkan bunga serentak dengan pengeluaran pucuk baru. Buahnya tidak bermusim.

Buah limau bali sunkist berbentuk seperti buah limau bali tetapi saiznya kecil seperti limu sunkist. Kulitnya berwarna hijau dan nipis seperti limau sunkist. Apabila matang warnanya masih hijau dengan sedikit kekuningan. Rasanya sangat manis tidak seperti limau sunkist yang masam. Ada sedikit rasa seakan-akan limau bali.


Sepohon limau sunkist berumur dua tahun yang berbuah lebat.


Buahnya bergayutan hampir mencecah tanah


Setangkai buah limau bali sunkist


Saiz buahnya besar sedikit daripada buah limau sunkist biasa


Buah limau sunkist hampir matang.


Sebiji limau bali sunkist matang.
Bentuk buah dan kulitnya seperti limau bali
tetapi saiznya kecil seperti limau sunkist.


Potongan sebiji buah limau bali sunkist matang.
Rasanya sangat manis dan berair.
Ada sedikit persamaan rasa limau bali.
Bijinya kesep tiada biji benih.
Salam bertani.

47 ulasan:

  1. lebat sungguh buah nak mencecah tanah..sekali tengok macam limau bali. alhamdulillah rezeki.

    BalasPadam
  2. Wow sedapnya.. kalau dekat nak Minta sebiji

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tak juallah SK.
      Makan sendiri pun tak cukup.
      Dalam 20 biji aje

      Padam
  4. subur tanaman dan buah pun kelihatan sedap. so far belum pernah makan

    BalasPadam
  5. Geramnya saya tengok buah yg bergayutan lebat itu WP..

    Bagaimana saya nak dapat biji benih @ pokok yg telah ditut itu WP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih tut pokok ni dah ada jual di nersery2 pertanian.
      Tanam dalam pasu pun boleh.

      Padam
  6. Zumal belum pernah makan limau bali sunkis macam ni...

    BalasPadam
  7. kecur air liur tengok buahnya ...hahaha

    BalasPadam
  8. Rumah mertua PC ada ni Pakcik WP...sentiasa berbuah alhamdulillah..suka tengok.

    BalasPadam
  9. Subhanaallah WP lebatnya berbuah. alhamdulillah belum pernah ana rasa lagi buah limau bali sunkist ni.

    BalasPadam
  10. Banyak buahnya ni Wal..klu jumpa mesti beli .
    lama tak makan.. :)

    BalasPadam
  11. terliur dana tengok wak, teringin nya nk tanam kat rumah dana yang ada tanah sekangkang kera tu... teringat masa dana di UITM Jengka dulu, pernah makan limau sunkist bali nih, dana berkawan dengan akak-akak yang amik kos pertanian... mereka selalu bawak balik buah limau ni dari kebun mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah tanam hujung pagar tu.
      tanam dalam pasu pun boleh.

      Padam
  12. kenapa eh....kenapaaa....kenapaaa macam kecur air liur bila nengok gambar limau bali sunkist yang siap potong tu?

    BalasPadam
  13. Aduhai...kecur air liur saya tengok buah limau bali sunkist ni. Terasa-rasa kemanisannya (saya tak suka makan yang masam)... :)

    BalasPadam
  14. limau bali kesukaan ammi..tp bukan limau sunkist. macam mana ni?

    BalasPadam
  15. Ya Allah lebat sungguh buah bali hasil tanaman tut, manis pula..
    Itulah hasil berbudi kepada tanah kann pakcik WP..

    BalasPadam
  16. Menariknya...rumah SA ada limau kasturi je yang rajin sangat berbuah dan buahnya banyak sangat jus...

    BalasPadam
  17. Pernah makan limau spesis nie..masatu beli kt cameron..manis mmg

    BalasPadam
  18. fav sy ni tp susahlah nk jumpa org jual buah ni even kt pasaraya pn

    BalasPadam
  19. Alaaa sedapnyaaa..mesti maniss rasanya..meriah nyaa Wak kebun Wak, nak makan apa petik ajaaa ek

    BalasPadam
  20. macam sedap je tu. tapi macam tak pernah jumpa pun

    BalasPadam
  21. limau bali sunkist..serius tak penah jumpa..rasa lagiii la tak penah..ada jual ke, buah ni?

    BalasPadam
  22. tak pernah Sha tengok limau bali sunkist ini.. Selalu jumpa limau bali atau sunkist sahaja.. menarik untuk ditanam ini..

    BalasPadam
  23. sy dah 2 kali mkn..sedap..manis. ada jual anak pokok tak? saya nak beli.

    BalasPadam
  24. Bagaimana spy bunga sunkist barli ini lekat dan dpt menghasilkan buah. Pokok yg saya tanam dlm polibeg besar kerap berbynga tetapi tidak lekat.

    BalasPadam
  25. Macamana nak tau buah limau ni dah matang ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna kulitnya bertukar kepada sedikit cerah kekuningan.
      Kulitnya agak lembut.
      Kadang2 ia akan gugur sendiri.

      Padam
    2. warnanya sedikit kekuningan

      Padam
  26. Alhamdullillah, saya dah cari Dan tanam limau ini Dan dahpun mula berbuah selepas 2 tahun tanam.

    BalasPadam
  27. Salam tuan.. saya ade usahakan tanaman nie di batu pahat.. kalau tuan berminat kita boleh bertukar2 pendapat..

    BalasPadam
  28. Tuan kenapa pokok saya masih belum berbuah hanya banyak keluar tunas baru,belum nampak berbunga 🫣 tanam pasu .Apa baja paling serasi

    BalasPadam