Musim buah-buaha sudah berakhir. Sekarang wak tengah sibuk memangkas pokok pulasan walau pun ada hasilnya yang tak sempat dikutip. Pokok pulasan perlu dipangkas selepas berbuah untuk mendapatkan bentuk baru yang rendang serta mengembalikan kesuburan pokok. Wak hanya menggunakan gergaji tangan untuk memotong dahan-dahan kecil dan sederhana besar. Kerja-kerja pemangkasan pokok pulasan mungkin mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Selepas itu wak akan memangkas pokok rambutan pula.
Keadaan sepohon pulasan selepas dipangkas
Dahan potongan disusun dan dibiarkan reput.
Tunas-tunas baharu akan keluar selepas dua minggu dipangkas.
Sepohon lagi selepas dipangkas
Bahagian potongan disembur cat untuk mengelakan
kekeringan atau serangan kulat.
Keadaan pokok pulasan yang belum dipangkas
Buah pulasan yang tak sempat dituai.
Pokok pulasan ini kelihatan subur dan rendang selepas
setahun dipangkas. Akan berbunga pada musim buah akan datang.
Sepohon lagi pulasan selepas setahun dipangkas.
Salam bertani.
Owh.. kena dipangkas ye untuk memastikan pokok sentiasa rendang.. bubuh cat tu boleh elakkan kulat.. tak mengganggu pertumbuhan pucuk baru ye wak..
BalasPadamDua tiga kali musim buah, bolehlah pangkas sekali.
Padamkalau tak nanti pokoknya besar dan tinggi, susah nak kutip hasil.
Pucuk baru biasanya tumbuh banyak di sepanjang dahan yang dipotong tu. Hanya pilih satu dua aje yang lain kena buang.
Assallam Wak WP
BalasPadamOOO memang kena pangkas yer, supaya dia remdang dan tak tidak terlalu cepat meninggi.
Ha aa supaya tak terlalu tinggi dan untuk memudahkan kita mengutip hasil.
Padamberapa lama nak berbuah balik WP, selepas di pangkas tu...
BalasPadamBiasanya semusim atau dua musim tak berbuahlah
PadamTetiba teringat buah pulasan. Lebih 10 tahun tak makan
BalasPadamkat sini kalau musim pulasan meriah hasilnya.
Padamwow sudah gondol pokoknya..pangkasan penting untuk kesuburan pokok n lebih rendah..senang nk petik buahnya kan
BalasPadamTak lama nanti keluarlah pucuk baru.
Padamdalam setahun dah rimbun semula.
Patut la Pak Lang SA akan pangkas pokok2 ni selepas habis musim buah
BalasPadamcantik rimbun pokoknya bila lepas setahun dipangkas ek..
BalasPadamBiasanya selepas setahun atau dua tahun dipangkas barulah dia berbunga semula.
Padamohh begitu caranya. senang nak petik kalau pokok rendang macam ni
BalasPadamHa aa, hasilnya boleh dipetik tanpa memanjat atau menggunakan galah.
PadamOoo dah habis musim buah ye Wak...lepas ni mangkas lagi, dan berbunga lagi dan berbuah laa lagi kannn
BalasPadambegitulah lumrah kerja bertani.
PadamWow.. lagi subur Selepas dipangkas ye
BalasPadamSelepas dipangkas kena baja mama
PadamBarulah tumbuh subur dan menghijau.
Terima kasih buat sharing di sini. Pokok pulasan saya baru habis harves buahnya. Search cari apa nak buat dgn pokok ni.
BalasPadamTerima kasih kerana beri tips yg sanga berguna.
InsyaAllah 2 minggu lagi masuk kebun semula.
Semoga Allah beri ganjaran atas sharing ilmj ni.
Semoga bermanfaat
Padam