Wak pernah entrikan kisah sepohon cempedak setahun jagung di sini. Kini buah-buah dari pokok cempedak yang tak sampai dua tahun umurnya itu sudah matang dan boleh dituai. Musim kali ini adalah buah-buah sulung daripada pokok cempedak tersebut. Wak sangat teruja nak tenguk isinya sama ada elok atau tidak walau pun ada banyak pokok cempedak dewasa lain yang sedang berbuah.
Bawa balik dua biji buah cempedak setahun jagung yang matang di pokok.
Inilah pokok cempedak setahun jagung yang pertama kali berbuah.
13 biji buahnya sudah hampir matang dan boleh dituai.
Walau pun tidak dibungkus, semua buahnya elok dan tidak busuk.
Dua biji buah yang sudah matang warnanya agak kekuningan.
Yang tengah tu dah matang.
Berbau harum dan lembut apabila dipicit.
Menanti hari untuk matang.
Walau pun sudah boleh dituai, tetapi wak
nak tunggu ia matang di pokok.
Perbezaan di antara buah matang dan belum.
Dua biji tuaian sulung.
Buah segar yang masak di pokok lebih enak
daripada yang diperam.
Syukur alhamdulillah.
Sangat elok kejadiannya
Petang tadi menu goreng cempedaklah.
Jemput makan.
Salam bertani.
Alhamdulillah seronoknya Wak, kat sini baru beli seulas RM1 cempedak goreng Wak :( sedih kan
BalasPadamlebatnya wak.... patutlah pokok cempedak selalu dahan nya patah dek kerana buah yg terlalu banyak n berat, bestnya cempedak grg wak
BalasPadamCantik isinya wak. Bestnya kalau dapat cempedak goreng. Sini semuanya mahal. Satu ulas dah seringgit untuk yang siap goreng tepi jalan tu. Kalau teringin sangat baru beli. Kalau beli buah pulak terlalu banyak untuk buat cempedak goreng.
BalasPadamdulu saya suka macam goreng cempedak. sekarang ni sejak gigi pengisar dah kurang, tak berapa minat walaupun baunya semerbak...
BalasPadamCantiknya warna dia.. sedap nie kalau makan macam tu je..
BalasPadamsedapnya cempedak T,T lama x makan hmm
BalasPadamCempedak variety apa ni WP...cepat betul berbuah
BalasPadamYa allah sedapnya WP....cantik isinya..penuh dan besar2 plak tu..sygnya SA x leh makan...
BalasPadamCantik ulasnya. Tempat kak harga 5-8rm sekilo.
BalasPadamMama tetiba lapar Cempedak pula
BalasPadamCEMPEDAK SETAHUN JAGUNG PUN MENJADI BUAHNYA...ELOK PULA ISINYA
BalasPadam