Sepohon anak pokok pelam pauh yang disemai di dalam polybeg kelihatan gondol daunnya dimakan serangga. Wak ingatkan daunnya dimakan siput babi atau lintah bulan kerana haiwan perosaknya tidak kelihatan. Sehinggalah daunnya hampir habis barulah kelihatan serangga yang memakannya.
Ia dikenali sebagai ulat beluncas baron. Larva rama-rama yang sangat hebat menyamarannya kerana kelihatan seperti daun tumbuhan yang dimakannya. Malah ia tidak meninggalkan najis makanannya seperti ulat beluncas lain supaya sukar dikesan. Ia biasa dijumpai pada daun mempelam kerana warna dan bentuknya seperti daun tersebut.
Rupa bentuk ulat beluncas baron yang menyamar seperti daun.
Hampir menghabiskan daun sepohon anak pelam pauh.
Ia kelihatan (hampir tak perasan) melekat pada salah satu helai daun pokok tersebut.
Keadaan pokok mangga pauh di peringkat awal serangannya.
Ulat beluncas baron masih tidak dapat dikesan pada masa ini.
Inilah rupa bentuk ulat beluncas baron setelah dikeluarkan
daripada penyamarannya.
Sepandai-pandai beluncas menyamar,
pandai lagi wak mensasar.
Salam bertani.
Seramnya WP, boleh tak perasan ni....
BalasPadamHa aa, sampai togel pokok tu baru perasan.
Padamkena renung lama-lama baru perasan penyamaran terbongkar! sukanya datang blog ni, banyak tips pasal tanaman yang shu tak tau. TQ WP..
BalasPadamTk selalu singgah
Padamhebat betul penyamaran si beluncas ni
BalasPadamDikategorikan sebagai 10 penyamaran haiwan terhebat di dunia.
PadamSaya memang tak.perasan langsung wak. MasyaAllah.
BalasPadamWak pun mula2 tak perasan
PadamSampai togel pokok pelam tu
sakit hati kan bila pokok kena serangan ulat beluncas ni.. pokok jasmin kita habis togel dikerjakannya tak sampai 4 hari tinggalkan rumah ..
BalasPadamDia makan 24 jam sebelum jadi kepompong
PadamWah..bagus betul penyamaran dia erk...
BalasPadamRupanya sama macam urat daun
PadamPehhhh.. meremanggg… sekali pandang Nampak cantik jer
BalasPadamCantik yang bahaya.
PadamKalau kena boleh gatal satu badan
Wowww dia boleh menyamar ek...perghh kalau kena gatal tak ek?
BalasPadamMengenyam satu badan Lin
Padammenyamar pun cantik2 mcm daun ye..
BalasPadampenyamaran yang hebat
Padamcantik nyer!
BalasPadamtapi tula, gonjeng pokok tu ekk :(
aduhai...
Cantik tetapi bahaya.
Padamkalau jadi rama2 nanti lagi cantik
nampaknya Wak lebih hebat hehehe.
BalasPadamteringat peribahaa...seperti ulat naik daun
Tu pun dah beberapa hari baru perasan.
PadamPandai betul menyamar... sama pulak tu dengan urat² daun
BalasPadamBukti kekuasaan Allah
PadamEuwww...meremang bulu roma.
BalasPadamKalau kena badan, jadi gatal semuanya
PadamAah laaaa.. Sebijik macam daun.. Kalau sy mmg xtaw dah ulat tu wujud situ.. Hebat wak 👍👍👍
BalasPadamSetelah daun2 tu togel baru perasaan kewujudannya
PadamUlat beluncas kalau dpt satu pokok kecil mmg dia x bg can. Habis daun dimakannya.. Saya follow sini juga
BalasPadamTk Fiza
Padamkalau kena kulit kita habis gatai
BalasPadamsatu badan ni
betul tu.
Padamahahahha kelakor pulak baca pantun dua kerat wak kat bawah tu..
BalasPadamngeri nengok ulat beluncas tu, adakah ia berbahaya?
Tak tau mana perkataan yang betul.
BalasPadamMensasar atau menyasar.
Takut menyasar jadi makna lain.
BELUM PERNAH TENGUK ULAT BELUNCAS GINI MUJUR CPT WP PERASAN MAU HABIS DAUN SEDUSUN DILAHAPNYA HEH..HEH..
BalasPadamApakah fungsi penyamaran dia?
BalasPadamContohnya:untuk berlindung daripada musuh ke apa?
Sbb saya nak kena buat home work boleh tak sapa ii tolong jawab😭
Tentulah untuk keselamatan dirinya supaya sukar dihidu oleh pemangsa
PadamMmg penyamaran dia mantap.. Dh 2x kna d tgn ulat ni.. Bisa/ racun nya sperti terkena api.. Bkn gatal tp sakit
BalasPadamSaya dh kena ulat ni..mmg sakit ooo,mcm kena sengat lebah..ingat ulat biase je,skali picit dgn tangan..fuhhh sakit x boleh bwk bincang
BalasPadam