Sabtu, 3 Ogos 2019

Jualan Tani

Salam bertani

Pagi sabtu hari ini Wak berjualan sedikit hasil dusun di paskam yang terletak di pekan berdekatan. Masanya daripada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi sahaja. Kebanyakan hasil dusun tersebut wak tuai pada petang jumaat kecuali buah cempedak yang perlu dituai awal sedikit untuk diperam. Alhamdulillah kebanyakannya habis dijual kecuali buah rambutan kerana terlalu banyak dan ramai penjual yang menjual buah rambutan yang sedang bermusim sekarang.


cempedak


Rambutan anak sekolah


Rambutan jarum emas


Pulasan


Tempoyak (RM5.00)


Lempuk durian (RM6.00)


Telur ayam kampung 
(RM 0.60 sebiji)
Salam bertani.

22 ulasan:

  1. Lempuk durian...lama x makan..

    BalasPadam
  2. Aisehmannn.. Murah2nya wak berjualan, semoga bertambah lagi rezeki wak di masa hadapan, Amiinnn

    BalasPadam
  3. WP.....kenapalah harganya murah2 sangat. Tak jumpa tau gini kat tempat saya.

    BalasPadam
  4. Allahu Akhbar murah-murahnya WP, cempedak tu disini RM8 sekilo kalau yang dah digoreng RM1 seulas dah, kalau dekat ni saya singgah borong buah-buahan WP , semoga murah rezeki WP sentiasa..Aamiin

    BalasPadam
  5. Buralarda bunlar yok

    BalasPadam
  6. murahnya WP, semoga rezeki WP melimpah ruah lepas ni. aamiin..

    BalasPadam
  7. Seronoknya semoga murah rezeki hendaknya

    BalasPadam
  8. Nak makan buah pulasan. Kat sini mana nak cari ntah.

    BalasPadam
  9. Allahuuu sedapnyaaa cempedak tuuu

    BalasPadam
  10. duk mencari-cari buah cempedak. teringin nak makan cempedak goreng.

    BalasPadam
  11. semoga terus maju jualannya...alhamdulillah

    BalasPadam
  12. semoga rezeki wak sentiasa mengalir, musim buah ni sampai tak tahu nak makan mana satu. banyak sangat.

    BalasPadam
  13. ALHAMDULILLAH REZKI WP..KALAU DEKAT MESTI KAK PERGI BORONG JUALANNYA

    BalasPadam
  14. wah samalah..saya penjaja pasar juga cuma saya tak ada kebun macam WP =)

    BalasPadam
  15. Namapk buah pulasan WP tu teringat pulak pulasan kat kg Mrs. A yang tak menjadi tahun ni huhuhuuu...
    Masya Allah murah-murah je WP jual kalau kat Seremban ni mesti laku keras

    BalasPadam
  16. Kalau dekat confirm mama borong semua

    BalasPadam
  17. Kalau lah WP jual kat pasar malam ruamh saya, awal awal saya dah borong...kat rumah saya kalau musim rambutan diorang jual RM5 sekilo...aritu masa rambutan baru nak bermusim, diorang jual RM8 sekilo...tu pun saya beli jugak dek kerana terlampau suka makan rambutan...

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah..murah rezeki WP berbudi pada tanah kan

    BalasPadam