Selasa, 14 Mei 2019

Patah

Salam bertani.

Sepohon nangka yang sedang berbuah lebat, patah menyembah bumi pada pagi tadi. Tiada hujan atau ribut semasa kejadian tersebut, mungkin kerana berat menanggung buahnya yang agak banyak. Harap-harap tunas baru akan meneruskan legasi tumbesaran pokok yang banyak berjasa ini.


Batang utama sekah dan menyembah bumi


Buah-buah nangka separuh umur (dibungkus dan tidak dibungkus)
bertaburan di atas tanah. 


Satu dahan lagi sekah di bahagian atas.
Harap-harap akan mengeluarkan pucuk baru 
dan menyelamatkan buah-buah yang dibungkus.



Keadaan pokok nangka sebelum sekah pada bulan lepas.
Buah-buahnya masih putik 
(selepa dibuat penjarangan dan belum dibungkus).

Salam bertani.

14 ulasan:

  1. Adoiiii kesiannya abang WP! Harap dahan yang tinggal tu boleh keluar tunas baru.

    BalasPadam
  2. Buahnya Besar Dan byk .. dahan kecil tapi nasib baik buah dah besar

    BalasPadam
  3. Banyak buahnya....sedap masak gulai nangka tu..Boleh jual kat bazaar ramadhan..hihi

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..cantik-cantik buahnya..sayangnya tapi itulah takdirkan Pakcik WP..takpe insyaAllah yang tinggal itu terus membesar dan masak elok harapnya..tidak membantutkan pertumbuhan pokok juga masa akan datang.

    BalasPadam
  5. boleh la dibuat gulai nangka ye wak, syg betul banyak sgt buahnya tu wak...

    BalasPadam
  6. Sayangnya... Lepas nie kalau mana-mana dahan pokok tu nampak macam sarat... support la sket dahan tu, at least dapat bertahan...

    BalasPadam
  7. Besar besar dah buah nangka tu.

    BalasPadam
  8. Banyak buahnya. Moga tunas baru nanti membesar dengan baik

    BalasPadam
  9. ALLAHU.. SEMOGA ALLAH SWT GANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK NANTI, AMIIINNNN

    BalasPadam
  10. Ujian buat pokok tu...sakit dia.. :)

    BalasPadam
  11. Kena tongkat dgn kayu sepatutnya dulu WP..
    Mcm arwah mak saya buat bila berbuah lebat..

    BalasPadam