WP ada menanam beberapa batang pokok jagung di tepi rumah untuk suka-suka sebagai terapi fizikal dan mata. Pokok-pokok jagung sudah mula mengeluarkan bunga jantan dan tongkol buah jagung (bunga betina). Ada yang mengeluarkan satu tongkol, dua tongkol malah tiga tongkol buah jagung sepokok. Ada juga yang mengeluarkan tongkol kecil/mini yang sesuai dijadikan sayuran.
Tongkol jagung boleh dituai selepas dua bulan penanaman pokok jagung. Kita boleh melihat isi jagung sudah penuh dengan membuka sedikit kulit tongkol di bahagian atasnya. Bijirin jagung yang sesuai dituai berwarna kekuningan cair. Satu lagi cara ialah dengan melihat bulu tongkol jagung sudah berwarna perang. Tongkol jagung yang lewat dituai akan menyebabkan bijirinnya menjadi keras dan tidak manis apabila direbus.
Sebaris pokok jagung yang sudah mula mengeluarkan hasil.
Tongkol jagung keluar daripada ketiak daun.
Dua tongkol besar dan satu tongkol mini.
Hidup berjiran dengan pokok bendi.
Tongkol jagung yang hampir boleh dituai.
Bulu tongkol akan berubah warna perang
Tongkol muda
Dua besar dan dua kecil/mini.
Bunga jantan mekar di pucuk pokok jagung
Bulu tongkol muda.
Pada masa ini belum ada bijirin jagung lagi.
Setongkol jagung
Pohon jagung yang kecil hanya mengeluarkan
satu tongkol jagung sahaja.
Salam bertani.
Masa kecik2 dulu sy pnh menolong jiran menuai jagung, masa tu main belasah aje taklah tengok bab bulu jagung perang tu, hahaha.
BalasPadamPutik jagung tu mmg tak akan mmbesar jadi jagung yg matang ke?
Jagung kecil tu memang tak membesar, sesuai dijadikan jagung sayur aje.
PadamBestnya pakcik tanam jagung. Boleh tuai dan rebus. Fresh pulak tu.
BalasPadamSeskali tanam sendiri.
PadamKadang2 beli juga buah jagung ni.
skrg ni cuma mampu beli jagung di pasar tani je. kdg2 tu beli yg dah siap direbus je. hehehe
BalasPadamTanam suka2 aje cikgu.
PadamKalau tanam sikit2 ni sebenarnya lebih untung beli sahaja
Buat bubur atau rebus pun sedap tu.
BalasPadamDah ada yang direbus
PadamTuai terus rebus.
bestnya wak, tingin nya nk tnm kt umh sndiri cuma tanah je takde hhehehe
BalasPadamTanam untuk kegunaan sendiri
PadamAdalah dalam 25 pokok agaknya.
Rebus makan hangat-hangat... Sedapnya.
BalasPadamMemang sedap dan manis rasanya.
PadamBestnya kalau dapat fresh jagung cam ni.. rebus je pun sedap!
BalasPadamBiasanya rebus aje
PadamBuat kudapan petang
WAH TAK LAMA LAGI TUAI HASIL JAGUNG PULA
BalasPadamDah ada yang dituai.
PadamBuahnya tak saing.
teringat kecik2 dulu tolong tanam benih jagung kan kebun mak...seronok sangat bila pokoknya mula berbuah..then bila tiba musim hujan ribut, sedih pokoknya rebah beramai2...
BalasPadamKalau kena ribut memang boleh tumbang.
PadamTapi pokok jagung manis ni rendah sikit.
Wow bestnya wak..
BalasPadamTanam main2 aje mamapp
PadamBanyaknya pokok jagung. Nak makan tak perlu beli. Alangkah baiknya.
BalasPadamDalam 25 pokok gitu.
PadamSelalunya beli juga.
Owh.. kena tunggu warna bulu tongkol tu berubah perang ye untuk dituai.. Ilmu baru..
BalasPadamHa aa. Tu petua untuk menuai jagung.
Padamtanah apa yang digunakan ye??
BalasPadamTanah biasa di tepi rumah
Padamhanya tambahkan baja organik aje
Putik jagung bila boleh dipetik?adskah boleh dipetik dahulu sebelum tingkol jagung atau ambil serentak bila dh tuai jagung.silap petikkan,bimbang jagung tk jadi pokok mati
BalasPadamPutik jagung yang kecil boleh dituai lebih awal untuk dijadikan sayuran. Ia tidak perlu disimpan kerana tidak akan berisi.
Padam