Pokok telang merupakan sejenis tumbuhan kekacang yang hidup menjalar dan memanjat junjungan atau tumbuhan lain. Ia mengeluarkan banyak bunga berwarna biru yang cantik dan sesuai djadikan tanaman hiasan pemanjat pagar atau pagola. Bunganya akan membentuk kekacang yang boleh dijadikan biji benih malah kekacang pokok telang ini boleh dimakan sebagai peransang minda.
Selain bunga telang yang cantik dijadikan penyeri lamam ia juga dimanfaatkan sebagai pewarna kepada makanan dan beberapa produk lain. Selain bunganya yang ada nilai herba, daun, akar dan kekacangnya juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama untuk wanita.
Kita sekarang jarang memanfaatkan khasiat herba daripada pokok telang dan kebanyakan bunganya akan berguguran begitu sahaja seperti yang WP tanam ini. Hanya sekadar jadi tanaman hiasan sahaja.
Sekuntum bunga telang yang sedang mekar
Pokok telang yang memanjat junjungan
Bunga dan kekacang telang
Daun pokok telang
Perlu pencahayaan penuh untuk rajin berbunga.
Bunga yang cantik, mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan