Di dusun Warisan Petani ada ditanam beberapa pokok duku Johor yang sudah mengeluarkan hasil.
Pada musim buah kali ini cuma ada dua pokok sahaja yang berbuah lebat. Buah duku Johor berbeza dengan buah duku Terengganu, dokong atau pun langsat. Buahnya berbentuk bulat dan mempunyai kulit yang lebih tebal. Buah yang cukup matang rasanya manis tetapi ada juga yang masam. Buah yang dituai perlu disimpan sehari dua sebelum dijual.
Pengeluaran buah duku Johor semakin berkurangan kerana banyak dusun duku yang telah ditebang dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit atau kelapa mataq yang lebih menguntungkan. WP menanam beberapa pokok duku Johor untuk memeriahkan dusun sahaja.
Buah duku Johor akan ada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Buah duku Johor dan buah rambai
biasanya menjadi penutup musim buah-buahan tempatan.
Buah duku Johor hampir matang
Sepohon duku Johor yang rimbun dan sedang berbuah di dusun WP.
Buah duku Johor berwarna hijau semasa muda.
Berbuah lebat pada batangnya
Buahnya hampir mencecah tanah.
Setangkai buah duku Johor.
Buah yang hampir matang,
rasanya masih masam.
Boleh dituai seminggu dua lagi.
Pengawal buah berehat di atas pokok.
Isi buah duku Johor.
Biasanya ada 5 ulas.
Kulitnya agak tebal.
salam. macam mana cara saya nak beli anak pokok duku johor ni eh. tuan ada jual ke?
BalasPadamMaaf tiada semaian.
BalasPadamCuba cari di nerseri2 pertanian area Johor/Melaka