Salah satu jenis pisang yang ada ditanam di persekitaran rumah WP ialah pokok pisang raja.
Pokok pisang raja agak besar dan tinggi dan memerlukan masa sehingga setahun setengah untuk mengutip hasilnya.
Buah pisang raja dikatakan buah pisang yang paling enak dan sesuai dijadikan pisang goreng berbanding buah pisang lain. Ia juga sesuai dijadikan makanan pencuci mulut, dibuat pengat pisang atau pun kek pisang. Buah mudanya boleh dijadikan kerepek pisang.
Buah pisang raja yang matang berwarna kuning terang dan isinya juga berwarna kekuningan serta beraroma.
Ikutilah riwayat hidup seperdu pisang raja yang ditanam di tepi pagar rumah WP.
Sesikat buah pisang raja matang yang dijual di paskam.
Sesuai dijadikan pisang goreng atau pun pencuci mulut.
03.06.2016- Anak benih pisang raja baru ditanam.
10.08.2016 - Anak pokok pisang raja
08.10.2016 - Anak pokok semakin membesar
24.04.2017 - Pokok pisang raja dewasa dan sudah mengeluarkan
2 sulur anak.
03.07.2017 - Pokok pisang raja mula mengeluarkan jantung.
Jantung pokok pisang raja
07.07.2017 - Pokok pisang raja mula berputik
Buah muda pokok pisang raja
17.08.2017 - Buah pisang raja semakin berisi
29.10.2017 - Buah pisang raja hampir matang
11.11.2017 - Buah pisang raja sudah matang dan sesuai digoreng.
Harga pasaran RM4.50 sekg.
Bekalan buah pisang raja agak terhad kerana ianya tidak banyak ditanam dan biasanya ditanam untuk kegunaan sendiri sahaja. Ia sangat diburu oleh penggemar pisang goreng kerana rasanya yang unik dan tersendiri.
Salam bertani.
Tuan,
BalasPadamSaya sedans cari benih pisang raja. Di manakah dapat di beli benihnya ? Terima kasih
Pisang raja jarang2 ditanam secara komersial.
BalasPadamBiasanya di kampung2 ada ditanam.
bolehkah sy nak dapat anak pokok dr pihak tuan? ade contact nama untuk senang dihubungi
BalasPadamSaya nak beli anak pokok pisang raja dkt tuan boleh ke.boleh ke.ada no hp supaya saya boleh contact tuan
BalasPadamMaaf permintaan tak dapat ditunaikan.
PadamTuan
BalasPadamSaya nak cari daun pucuk pisang raja
Untuk buat berubat
Kalo ada boleh Tuan call saya 0123238977 Sheikh
Saya ada tanam pokok pisang raja klau nk cari daun pisang raja untuk berubat blh wssp saya 010-2452564
PadamTerbaik...
BalasPadamAda benih anak pisang.kira macamana..
Maaf, tidak membekalkan anak benih pisang
PadamAssalamualaikum. Benarkah anak2 pokok pisang tidak boleh dialihkan selagi 'ibu' nya belum berbuah? Terima kasih
BalasPadamWkmsalam
PadamSeboleh2nya ubah selepas ibunya ditebang.