Selasa, 5 Disember 2017

Pokok Selasih

Salam bertani

Ada beberapa perdu pokok selasih yang ditanam di belakang rumah WP untuk kegunaan sendiri.
Pokoknya subur merimbun dan kadang-kadang WP menjual juga pucuk selasih ini di paskam.
Pokok selasih mudah ditanam menggunakan keratan batang dan boleh juga disemai melalui biji benihnya. Ia boleh ditanam di dalam polibeg atau pasu selain di atas tanah/batas.

Pokok selasih adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya. Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit da mengurangkan stress. Ia juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan.

Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sop atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.

Pucuk selasih biasanya dicampurkan dalam masakan gulai nangka muda, masak lemak labu atau masak lemak udang/ketam. Manakala biji selasih amat sesuia dijadikan minuman untuk menyejukkan badan.

Dengan menggunakan daun selasih sebagai menu makanan kita, kita beroleh pelbagai khasiat herba untuk kesihatan badan kita yang berpanjangan. Apatah lagi penanamannya amat mudah dan tidak perlu menggunakan bahan kimia (racun makhluk perosak) untuk menjaganya.



Seperdu pokok selasih yang ditanam di belakang rumah.


Sepohon lagi hidup bersama-sama pokok pegaga



Pokok selasih mula mengeluarkan bunga.



Bunga selasih. 
Biji selasih akan terhasil daripada bunganya.


Daun selasih yang dijual di paskam



RM1.00 seikat.

Tanamlah pokok selasih untuk kegunaan sendiri selain dapat  memanfaatkan khasiat herbanya.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan