Ada banyak pokok rambutan di kebun WP. Kebanyakannya adalah rambutam merah dan ada beberapa pokok rambutan kuning. Kesemuanya jenis rambutan klon seperti jarum emas, budak sekolah, gula batu, deli cheng, mas gading dan rambutan jenis lama R6.
Pada musim kali ini hanya beberapa pokok sahaja yang berbuah dan kebanyakannya sudah pun matang dan boleh dituai. Sebahagian hasil adalah untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang dijual.
Malah sebahagiannya adalah rezeki monyet-monyet yang sentiasa mengambil peluang untuk merasai kelazatannya.
Buah rambutan no6 yang sudah matang di pokok.
Jenis klon rambutan ini sudah jarang-jarang ditemui.
Bunga rambutan
Bunga rambutan membentuk putik buah
Buah rambutan muda
Buah rambutan muda mula berisi
Buah rambutan hampir matang.
Berjuraian hampir ke tanah
Buah rambutan anak sekolah.
Buah rambutan jarum emas hampir matang.
Buahnya berjuraian hingga mencecah tanah.
Rambutan R6 sangat manis tetapi berair
Sepohon yang lain
Sudah merah menyala
Buah rambutan gula batu yang dijual di paskam
hujung minggu lepas.
Pulang dari kebun tengah hari tadi.
Bawa setangkai rambutan anak sekolah dan
dua biji cempedak yang masak di pokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan