Khamis, 7 Disember 2017

Buah Jambu Bol

Salam bertani

Ada dua pokok jambu bol baka klon di belakang rumah WP yang ditanam kira-kira 6 tahun yang lalu.
Salah satu daripadanya sedang berbuah lebat sekarang. Pokok jambu bol berbuah mengikut musimnya yang tersendiri. Ini adalah kali ketiga pokok ini berbuah.

Alhamdulillah, buah jambu bol musim kali ini sangat menjadi. Isinya lembut, manis dan tidak di serang oleh lalat buah. Cuma buah jambu bol yang matang agak mudah gugur dan sangat diminati oleh burung-burung dan tupai.


Tuaian pagi ini.


Kudup bunga jambu bol


Bunga jambu bol sedang berkembang.


Putik buah jambu bol


Buah jambu bol muda.


Buah jambu bol muda mula berisi


Buah jambu bol hampir matang.


Sebiji buah jambu bol yang matang.


Sesuai dituai
. Sekiranya lambat dituai ia akan gugur


Isi buah jambu bol.
Enak dimakan dengan sebuk asam boi


Isi buah jambu bol cicah rojak buah Adabi.
Juadah petang sambil mengadap tv.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan