WP ada menanam beberapa perdu pokok pisang lemak manis di kawasan sekeliling rumah. Pokok pisang lemak manis mudah ditanam dan cepat membiak, malangnya tak ramai orang menanam pisang lemak manis ini kerana hasilnya yang sedikit dan tidak ekonomik untuk dijadikan tanaman komersial.
Buah pisang lemak manis adalah buah pisang yang terkecil dalam kategori buah pisang. Kita boleh menghabiskan beberapa biji pisang lemak manis dalam sekali makan. Sesuai dengan namanya lemak manis, buah pisang ini adalah diantara buah pisang yang paling sedap rasanya kerana mempunyai tekstur yang halus, sangat manis, lemak dan beraroma.
Ramai orang yang keliru untuk membezakan di antara pisang lemak manis dan pisang 40 hari. Sebenarnya kedua-dua pisang ini adalah berbeza walaupun rupa buahnya seakan-akan sama. Perbezaannya yang nyata ialah buah pisang lemak manis berbentuk lebih bulat (berisi) manakala buah pisng 40 hari agak tirus. WP ada menyiarkan entri tentang pokok pisang 40 hari sebelum ini.
Buah pisang lemak manis sesuai dimakan sebagai pencuci mulut atau dimakan sebelum makan nasi.
Buah yang masak ranum boleh juga dibuat cekodok pisang atau lempeng pisang tetapi jarang-jarang dibuat pisang goreng. Jantung pisang lemak manis kurang sesuai dimakan kerana rasanya yang kelat.
Daunnya sesuai dijadikan pembungkus makanan seperti nasi lemak, tempe , kuih muih atau untuk membakar ikan.
Setandan buah pisang lemak manis yang masak ranum.
Anak pokok pisang lemak manis
Cepat mengeluarkan sulur
Sudah mengeluarkan jantung
Setandan buah pisang lemak manis di sudut pagar rumah.
Buah pisng lemak manis ini sudah sesuai untuk dituai.
Seperdu pisang lemak manis di belakang reban ayam.
Sudah mengeluarkan jantung.
Buahnya hampir matang.
Sulurnya sudah membesar
Buah pisang lemak manis.
Pokok yang subur mengeluarkan tandan yang panjang.
Saiz pokok pisang lemak manis kecil tetapi agak tinggi.
Di bawahnya ialah pokok keladi sarawak.
Induk pisang lemak manis yang sudah berbuah
dan menghasilkan banyak sulur/anak pokok.
Buah pisang lemak manis yang baru dituai.
Hanya ada 3 sikat sahaja.
Buah pisang lemak manis yang sudah matang.
Boleh habis setandan sekali hadap sahaja.
A
BalasPadamssalamualaikum. boleh saya tahu nama saintifik pisang lemak manis ?
Wkmsalam
BalasPadamMaaf, wak tak tahulah
Assalamualaikum, anak pokok pisang lemak manis ada. Saya nak beli.
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamMaaf permintaan tak dapat ditunaikan