Salah satu jenis pokok longan yang mula mendapat perhatian para petani ialah pokok longan brazil. Buah pokok longan brazil adalah di antara buah longan yang paling besar, saiznya hampir sebesar telur ayam kampung. Rasanya seakan rasa buah longan biasa tetapi mempunyai isi yang agak tebal dan manis. Isinya diselaputi kulit dalam yang lembut dan perlu dibersihkan sebelum memakannya.
Pokok longan brazil mudah dibiakkan melalui semaian biji benihnya atau boleh juga gunakan kaedah cantuman atau markot. Pokok yang dibiakkan melalui biji benih akan mula berbunga dan berbuah selepas dua tahun ditanam. Saiz pokoknya agak sederhana dan perlu dicantas setiap kali selepas dituai buahnya supaya sentiasa rendah dan rendang. Ia adalah jenis buah-buahan tidak bermusim.
Musuh utama buah longan brazil ialah serangan serangga lalat buah. Buah yang matang akan rosak dan berulat sekiranya terkena serangan lalat buah. Buah perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakkan tersebut. Selain itu, kelawar, tupai dan monyet juga sangat berminat dengan buah longan brazil ini. Buah longan brazil yang terlalu masak akan pecah sendiri di pokok.
Setangkai buah longan brazil
Anak benih pokok longan brazil
Sepokok longan brazil dewasa yang sudah berbuah.
Pokok longan brazil sedang berbuah
Setangkai bunga longan brazil
Bunga longan brazil membentuk putik buah
Buah longan brazil bersaiz besar
Bentuk buahnya agak bulat dengan sedikit lonjong
Berwarna hijau semasa muda.
Setangkai buah longan brazil yang lebat
Buah yang hampir matang.
Warnanya agak kekuningan.
Salam bosku...tanam longan brazil dari bulat biji brapa lama baru tumbuh tunas..??tq
BalasPadamanggaran 2 - 3 minggu
PadamMana nak dapat benih longan berazil
BalasPadamtuan bule hubungi saya jika mahu 0162295464
PadamDi nerseri pertanian biasanya ada jual
BalasPadamApa kah sama longan brazil dgn matoa?
BalasPadamMatoa ialah longan kristal
PadamBuahnya apabila masak berwarna kemerahan.
Boleh share tanah, baja dan penjagaan nya.
BalasPadamSama sahaja dengan tanaman lain.
PadamBerapa lama pokok longan akan berbuah
BalasPadamlebih kurang 3 tahun
PadamBoleh tanam dlm pasu ke
BalasPadamBoleh
BalasPadamBoleh tut ke dahan longan Brazil ni?
BalasPadamBoleh
PadamSaya ada 2 pohon longan brazil ni,p tdk pandai bbuah,umur 2thn lbh..tinggi besar,mau tnya bila agaknya umur nya ckup msa untk dia bbuah?
BalasPadamPerlu dicantas supaya tidak terlalu tinggi dan cepat berbunga
PadamSy ada pokok longan Brazil ni tp buahnya gugur...berbuah je x sempat masak semua gugur...blh bg petua x cmna nk atasi masalah buah gugur ni
BalasPadamJiran saya seorang profesor pencen memberi saya merasa sebiji buah longan Brazil ni. Sedap rasanya. Kemudian dia beri beberapa biji benih yang telah disemai. Saya sudah tanam dalam pasu kecil. Sudah besar nanti saya nak alihkan ke tanah. Haral² menjadi pokoknya.
BalasPadamIn syaa Allah menjadi
PadamDekat mna nk cari buah ni ye..kawan mengidam
BalasPadamSaya terpetik buah yg belum masak , blh saya tahu adakah boleh diperam buah ni ?
BalasPadamKalau dah tua, mungkin boleh masak
Padam