Ada beberapa rumpun pokok Adiantum di halaman rumah WP yang ditanam sebagai tanaman hiasan sejak dahulu kala lagi. Pokok adiantum ini sebenarnya adalah sejenis pokok paku pakis (fern) yang dipanggil pokok paku suplir. Ia tumbuh secara berumpun dan membiak dengan mengeluarkan rizom yang bergulung dan bersisik. Rizom ini akan membesar mengandungi satu batang lembut dan beberapa cabang berdaun.
Pokok adiantum boleh dibiakkan dengan pembahagian rumpun. Ia juga mengeluarkan spora seperti pokok paku pakis lain yang terletak di bahagian bawah sisi daun. Spora ini boleh menghasilkan anak pokok jika berada di medium yang sesuai.
Pokok paku suplir ini sama juga seperti pokok jenis fern yang lain iaitu memerlukan naungan untuk hidup subur dan membesar. Sekiranya terkena pancaran cahaya matahari yang terik daunnya akan kekuningan dan menjadi perang seperti terbakar.
Pokok adiantum ditanam hanyalah sebagai tanaman hiasan keana kecntikan daunnya. Ia sesuai ditanam di luar atau di dalam rumah. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau di atas tanah dan memerlukan medium yang lembap. Pokok ini tidak berbunga atau mengeluarkan biji benih. Tiada penemuan tentang nilaian herba atau sebagai sumber makanan.
Inilah rupa pokok adiantum (paku suplir)
Hidup subur di atas tanah dengan naungan.
Daun pokok adiantum.
Menghasilkan spora di bahagian bawah sisi daun.
Setiap rizom menghasilkan satu batang pokok yang mengandungi
beberapa dahan berdaun.
Rizom muda yang terkena kepanasan cahaya matahari
akan kekeringan dan layu.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan