Salah satu jenis pokok pisang yang WP tanam di tepi pagar rumah ialah pokok pisang awak. Pokok pisang awak merupakan sejenis pokok pisang yang besar dan tinggi dan menghasilkan buah yang banyak.
Buah pisang awak enak digoreng dan dimakan bersama sambal kicap. Ia juga sedap dibuat lepat pisang, nagasari, pengat dan pisang salai. Pisang awak juga boleh direbus dan dimakan dengan kelapa parut manakala buah pisang awak tua boleh dibuat kerepek. Buah pisang awak yang sudah terlalu masak boleh dibuat cekodok atau lempeng pisang.
Daun pokok pisang awak sangat berguna bagi masyarakat kampung untuk membuat alas dan bungkusan makanan atau kuih muih terutama yang dikukus atau dibakar. Jantung pisang awak pula boleh dijadikan sayuran.
Masa zaman kanak-kanak dahulu, WP biasa menggunakankan beberapa batang pisang awak dijadikan rakit (getek) untuk menyeberang sungai atau untuk bermain semasa banjr. Batang pisang awak juga boleh dijadikan tali pisang yang biasa digunakan pada masa dahulu.
Sesisir buah pisang awak
31.05. 2016 : Sepohon anak pisang awak mula ditanam
di tepi pagar rumah.
03.06.2017 : Anak pokok pisang awak mula segar dan membesar.
08.12.2016 : Pokok pisang awak hidup subur dan
sudah mula mengeluarkan sulur.
Sebahagian sulur pisang perlu dibuang.
10.03.2017 : Pokok pisang awak mula mengeluarkan jantung.
14.03.2017 : Jantung pisang menghasilkan bunga (putik buah pisang).
17.04.2017 : Buah pisang awak muda.
Jantungnya sudah dipotong.
Jantung pisang awak boleh dijadikan sayuran/ulaman.
17.06.2017 : Buah pisang awak semakin berisi.
Perlu disokong (sangga) untuk mengelakkan patah.
03.07.2017 : Buah pisang awak hampir matang.
Sebiji buah pisang awak mula menguning.
Mengandungi 10 sikat pisang.
04.07.2017 : Cara menebang pokok pisang awak yang betul
supaya buah pisang tidak rosak (terhempas).
Tandan pisang awak yang tergantung (tidak mencecah tanah)
selepas pokoknya ditebang.
Setandan buah pisang awak yang dituai.
Lebih kurang 30 kg.
Perbezaan antara buah pisang awak dengan pisang kapas.
Sesisir buah pisang awak yang sudah masak selepas diperam.
Jual di paskam RM3.00 sekg.
09.07.2017 : Generasi ke-dua meneruskan legasi.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan